berita

[VIDEO] Pocong ‘Teman’ Turun Gunung

December 2nd, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Pengalaman ‘terserempak’ dengan makhluk ghaib merupakan satu momen yang mengerikan dan mungkin tidak dapat dilupakan. Apa yang lebih menakutkan apabila kelibat makhluk tersebut berjaya dirakam menerusi lensa kamera.

Artikel Berkaitan: Bahu Rasa ‘Berat’ Lepas Potong Tangkal Jenazah, Jururawat Cerita Pengalaman Mistik – ‘Rasa Seram Sejuk’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Terima Panggilan Pukul 2 Pagi Kena Sahkan Satu Kematian, Pemandu Ambulans Terakam Entiti Misteri Bila Sampai

Artikel Berkaitan: Misteri Rumah Agam Mewah Ditinggalkan Pemilik Cetus Misteri, Penuh Barangan Mewah & Tidak ‘Disentuh’

Kemunculan lembaga putih


Seperti perkongsian video Misteriduadunia di laman Instagram, memaparkan kelibat satu entiti misteri berwarna putih dan dilihat seakan-akan seperti pocong. Namun, kelibat tersebut sama sekali tidak bergerak dan dilihat sedang bersandar pada sebuah pokok.

Ada yang tengok tak?

Difahamkan, pemilik video ini dalam perjalanan turun selepas menaiki Gunung Cikuray yang terletak di Indonesia. Ketika kejadian, mereka sama sekali tidak menegur kewujudan makhluk misteri itu dan tetap meneruskan perjalanan seperti biasa.

Namun, tidak dapat dipastikan adakah makhluk putih tersebut benar-benar pocong mahu pun sebaliknya. Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah ditonton lebih 1.5k tontonan dan meraih pelbagai respon daripada wargamaya.

Respon warganet

Menjengah ke ruangan komen, terdapat netizen yang bersetuju kelibat putih tersebut merupakan pocong namun, ada juga yang mendakwa itu hanyalah batu berwarna putih.

Sumber: Misteriduadunia

SKIP THIS AD ×