berita

‘Dia Nampak Gian’ – Budak 9 Tahun Mangsa Cabul Sering Cerita Hal Kelamin & Mengendap!

November 14th, 2017 | by Arini Saleh
Kini Trending

Gangguan seksual kepada kanak-kanak bukanlah perkara yang baru pada hari ini. Di media sosial pelbagai kes dilapor melibatkan kanak-kanak bawah umur yang menjadi mangsa kerakusan saudara terdekat. Perhatian dan bimbingan sewajarnya perlu diberi supaya mangsa tidak terdedah kepada gejala sosial yang lebih teruk di masa hadapan.

Seperti yang dikongsi Syed Azmi, mangsa cabul berumur 9 tahun nampak seperti ‘gian’ kerana sering bercerita mengenai hal kelamin. Selain itu dia suka berbohong dan batu api.

Suka cerita hal kelamin

“Dia cakap apa sampai menangis budak laki-laki tu” 9 years old..

GANGGUAN SEKSUAL KANAK-KANAK.

Saya tau kes ni agak lama jugak. Tapi baru-baru ni follow up balik. Budak perempuan, dah 9 tahun. Di cabul since 3 tahun oleh beberapa orang lelaki sejak kecil termasuk saudara dan ayah kandungnya sendiri. Dalam tempoh siasatan, diletakkan pada keluarga angkat, tapi setahun je tahan dan dipulangkan balik pada agensi. Now, disebabkan tempat perlindungan kanak-kanak dah terlalu penuh, diletakkan disini.

Sepanjang tinggal bersama keluarga angkat baru nampak dia bermasalah dan trauma yang atipikal. Family tak sanggup.

After few months, we found a problem. The child lies. Kuat bohong and batu api. Boleh tahan jugak lah laga-lagakan orang. Ok takpe.

I was not surprised bila the caretaker tanya, “Encik Syed, sorry sangat tapi budak ni dia dah macam gian. Macam mana tu? Hari tu, dalam kelas tambahan orang cerita pasal safe touch tapi dia lebih-lebih pulak cerita pasal cium mulut. Jadi bila kita tanya tu pasal mana tahu, dia lagi sukalah sebab ada benda kita tak tahu yang dia tahu. Dia lepas tu sukalah cerita pasal hal kelamin. Kuat jugak mengendap orang mandi dan suka mengeset dengan lelaki. Sapa-sapa pun”

Few issues here.She is staying with a caretaker who is very good and believes in therapy. She goes to 3 therapists to see improvements. And at home, it is important to detail all changes in her. It takes all this effort that is why we fight awareness sebelum jadi macam ni.

Dia masih kanak-kanak dan boleh diubah

On her sexual desires, memang dah jauh sangat susahnya sebab she has be highly sexualised from an early age. Nak untangle what she knows tu susah tapi not impossible. Dia masih kanak-kanak, dia masih boleh diubah but takes longer.

I chat with her. Yes, people pleaser. Tanya why bohong? She said mana ada. She likes it if people suka dia. Tu je.

On girls yang gian ni, susah nak cakap apatah lagi nak share. My experience is all i have and it scares me. It can be seen as weapons over other paedophiles too. Tu pasal bila ada kes, it is not just sampai orang kena tangkap but undue the image or trauma in the kids head. Ni yang susah. Ni yang lama. Ni yang mahal dan memenatkan. So better elakkan dari terjadi.

Only the right people can do therapy. Kids tak mudah lupa sebenarnya and ia boleh memakan diri or harm others. Kalau dia suka boleh jadi predators pada anak-anak lain. It is also the same for boys, tapi orang tak kisah sangat pasal boys tak ngandung.

To all survivors, yes the journey is long. Kasih sayang tak boleh putus dan kalau boleh banyak sabar. Kena tegur selalu kalau dia buat aksi atau buat salah dan perlu kata why. Please elakkan tempat pemulihan akhlak yang menghukum atau menakutkan anak-anak. Itu pinta saya.

Right now i have 4 girls below 12 and abandoned. Only Allah knows how disturbed i am when dealing with their cases.

“So Syed, ni nak hantar tahfiz ke sekolah kebangsaan?”

That is for a different chapter posting.

Syed Azmi AlhabshiSmall Lamb.

sumber : Syed Azmi

SKIP THIS AD ×