
Personaliti media sosial dan usahawan Cik Epal, mendakwa dia telah difitnah selepas menerima penilaian yang baik mengenai jenama piza miliknya.
Artikel Berkaitan: Cik Epal Terharu Pizza Mendonia Raih Skor 8.7 & ‘Review’ Positif Daripada Jason – ‘Terima Kasih Atas Ulasan Awak’
Artikel Berkaitan: Sally Whoo ‘Review’ Pizza Mendonia Milik Cik Epal, Cadang Lebihkan Sos, Keju & Jalapeno – ‘Aku Bagi 7/10’
Jason dibayar?

Menerusi luahan di Threads, Cik Epal atau nama sebenarnya, Murni Mahmud kesal terhadap individu yang mendakwa dirinya membayar sejumlah wang kepada pempengaruh terkenal, Jason untuk memberikan ulasan terhadap piza yang dihasilkan.
Dia punya tak puas hati tu sampai fitnah aku bayar Jason.
Macam-macam hal.
Terdahulu, Jason memuat naik video ulasan mengenai Pizza Mendonia yang diusahakan oleh Cik Epal.
Pada video berkenaan, Jason memberikan skor sebanyak 8.7 selepas menilai kesemua aspek piza tersebut termasuk tekstur, pes tomato serta penggunaan daging.
Undi Cik Epal
Dalam perkembangan lain, Cik Epal tercalon untuk OhBulan! Paling Viral Online menerusi kategori Digital Content Creator Paling Viral.
Undian kini dibuka sehingga 25 November 2025, dengan maksimum 50 undian setiap hari. Senarai Top 5 akan diumumkan pada 1 Disember, sebelum malam kemuncak berlangsung pada 19 Disember 2025, jam 9 malam.
Untuk memperluas capaian, OhBulan! melaksanakan kempen promosi berskala besar merangkumi artikel khas, video pendek di TikTok & YouTube, podcast Show Dalam Bilik serta kempen iklan digital.
Selain itu, kolaborasi bersama TV3, Hot FM dan Kool 101 juga dijalankan untuk memastikan sambutan lebih meluas.
Penggunaan hashtag rasmi #ohbulanpalingviralonline turut digalakkan bagi merancakkan perbualan dan interaksi di media sosial.
Untuk mengundi dan maklumat lanjut sila layari www.ohbulan.com/ohbulanpalingviralonline.
Sumber: Threads Cik Epal







![[VIDEO] Individu Tegur Penampilan Nampak Dewasa, Thalita Bidas – ‘Saya Duduk Atas Pentas, Makeup Kena Tebal’](https://asset.ohbulan.com/2026/07/thalita-1.jpg)
