Ibu kepada pelakon Puteri Balqis, Norashikin Mohd Aziz mendedahkan situasi sebenar yang dilalui anaknya semasa berdepan dengan masalah kesihatan.

Artikel Berkaitan: ’Waktu Orang Cakap Saya Adalah Penagih Dadah, Saya Ulang-Alik Neurologi HKL’ – Ibu Puteri Balqis

Tersandar penuh darah

Menerusi perkongsian bersama audio siar, Sembang Ouh Yeah, Norashikin menceritakan bahawa keadaan Puteri Balqis ketika itu amat membimbangkan kerana kerap mengalami pendarahan yang teruk.

Selepas bertahun-tahun orang fitnah saya, ini kali pertama saya bercakap mengenainya.

Dalam beberapa minggu, perubahan besar pada Balqis adalah apabila dia bangun, dia akan tersedak dengan penuh darah. Setiap kali bangun tidur sahaja, darah penuh.

Tak logik darah yang keluar itu kerana ia keluar sepenuh-penuhnya setiap hari.

Menurut Norashikin, kesihatan Puteri Balqis semakin teruk apabila suatu hari dia memberitahu penglihatannya sudah menjadi kabur.

Kami pergi jalankan penggambaran seperti biasa, cuma dia dah tak banyak bercakap.

Suatu malam…kami tengok bulan. Tetapi dia cakap pada saya, ‘kakak (Balqis) dah tak boleh nampak bulan, mata saya sudah kabur’.

Itu kali pertama saya dengar anak saya cakap macam itu. Jiwa saya luluh, saya ingat anak saya akan buta dengan darah yang banyak.

Tidak menunggu lama, Norashikin kemudian sanggup meninggalkan barang jualannya demi mendapatkan rawatan segara untuk Puteri Balqis.

Bila saya pusing, saya nampak dia sudah tersandar dengan darah yang banyak.

Saya campak semua barang niaga, saya gendong dan bawa dia. Saya cakap, ‘bertahan, jangan mati, saya ada.’

Bila sampai ke klinik doktor kata tak boleh rawat di sini sebab pendarahan terlalu teruk, jadi pihak mereka yang telefon ambulan dan bawa ke hospital.

Saya terdesak untuk rawat anak saya ketika itu.

Sumber: TikTok Sembang Ouh Yeah