
Selepas bapa tirinya meluahkan rasa berang terhadap pelakon Mia Sara Nasuha, Puteri Balqis tampil menuntut aktres tersebut memohon maaf kepada ibunya.
Artikel Berkaitan: Bapa Tiri Puteri Balqis Hilang Sabar, Dedah Perangai Sebenar Mia Sara Nasuha? – ‘Isteri Aku Hampir Hilang Nyawa’
Artikel Berkaitan: Pernah Dihina & Dibuli, Puteri Balqis Syukur Krew Produksi Dedah Cerita Sebenar – ‘Saya Ditolak, Dia Kata Saya Tak Famous’
‘Mohon maaf dengan mak aku’

Menerusi hantaran di Instagram Story, Puteri Balqis atau lebih mesra disapa Aqish mendakwa segala persepsi negatif yang dikaitkan dengan ibunya, Norashikin Mohd Aziz adalah tidak benar sama sekali.
Mohon maaf dengan mak aku. Kau mampu jawab dengan mak aku?
Jelas pelakon drama Keluarga Itu ini lagi, ibunya bukanlah seorang yang mengamalkan gaya hidup bebas seperti berhibur di kelab malam atau mengambil minuman keras seperti yang didakwa.
Mak kau tak didik kau ajaran agama. Sounds familiar? It’s your words.
Terdahulu, Puteri Balqis menyeru nama pelakon Mia Sara Nasuha ekoran dakwaan terpalit dengan isu memburukkan keluarganya.
Dakwa Aqish, Mia turut memburukkan ibunya secara terbuka, selain meninggalkan tanda suka pada komen berunsur hinaan.
Malah seorang krew produksi yang pernah bekerjasama dengan kedua-dua aktres itu mendakwa pernah terdengar perbualan antara Mia Sara dan pelakon Rykarl yang menghina Puteri Balqis.
Kemudian, bapa tiri Balqis iaitu Faris meluahkan rasa berang dengan fitnah yang dilemparkan oleh Mia Sara terhadap isteri dan anaknya.
Faris menegaskan bahawa dia tidak akan sesekali memaafkan Mia Sara sehingga akhir hayat.
Sumber: Instagram Puteri Balqis





![[VIDEO] Khairul Aming Nasihat Farah Dina Rancang Kerjaya, Kewangan – ‘Tak Nak One-Hit Viral, Kita Nak Sustain Lama’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/IMG_6309.jpeg)

