Susulan kes kematian pelajar perempuan iaitu Allahyarham Zara Qairina Mahathir yang didakwa menjadi mangsa buli, pelakon dan penyanyi Ayda Jebat tampil mendedahkan pengalaman buruknya ketika di bangku sekolah.

Artikel Berkaitan: Netizen Suruh Duduk Rumah Dari Berlakon, Ayda Jebat Bersuara – ‘Profil Bertutup Litup, Tapi..’

Artikel Berkaitan: Ayda Jebat Terima Banyak ‘DM’ Wanita Ketika Berambut Pendek

Diganggu senior

Menerusi laman Threads, Ayda atau nama lengkapnya Nur Shuhada Jebat mendakwa mengalami gangguan daripada senior sekolah sehingga memberi kesan mendalam terhadap keselamatan diri dan emosinya.

Menurut Ayda segalanya baik-baik sahaja sehingga ada seorang pelajar perempuan yang juga pengawas memberikan perhatian yang luar biasa terhadapnya.

Lebih parah lagi, pelajar tersebut didakwa cemburu sehingga memberi ugutan kepada Ayda supaya tidak melayan orang lain selain dirinya.

Ayda pindah sekolah

Menyedari keadaan semakin membimbangkan, Ayda kemudian berkongsi tentang masalah yang dihadapi kepada ibunya dan pihak sekolah.

Selepas perbincangan dengan ibunya dan pengetua, pelakon berusia 33 tahun itu mengambil keputusan untuk pindah dari sekolah berkenaan demi keselamatan dirinya.

Di akhir perkongsian tersebut, pelantun lagu Pencuri Hati itu menitipkan nasihat kepada mangsa-mangsa yang senasib dengannya supaya berani menampilkan diri dengan memaklumkan perkara sebenar kepada ibu bapa.

Sumber: Threads Ayda Jebat