Susulan dakwaan aktor Farid Kamil yang menyatakan isterinya sudah menerima lapan bentuk cincin yang dibeli, Diana Dianelle tampil memberi kenyataan balas.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Diana Terima Barang Kemas Yang Saya Bagi’ – Farid Kamil
Tak selesa
Menerusi Instagram Story, Diana menafikan sekeras-kerasnya dan menyatakan Farid menggunakan anak lelaki mereka, Muhammad sebagai ‘orang tengah’ untuk menyerahkan cincin-cincin itu.
Kata aktres berumur 32 tahun, dia tidak selesa dengan tindakan yang dilakukan suaminya itu.
Sebenarnya saya tidak menerima lapan bentuk cincin itu. Farid memberi kepada anak lelaki kami, Muhammad dan meminta menyerahkan kepada saya.
Saya tidak selesa mengenai perkara tersebut dan memilih untuk tidak memberi sebarang reaksi.
Jangan beri hadiah ..
Dalam pada itu, pemilik nama Diana Danielle Danny Beeson menegaskan dia tidak pernah mengucapkan terima kasih seperti yang dikatakan oleh pengarah berumur 42 tahun.
Pelakon filem Imaginur ini juga memohon agar Farid tidak lagi menggunakan anak-anak sebagai pengantara antara mereka.
Saya juga tidak pernah mengucapkan terima kasih kerana menolak cincin tersebut melalui peguam saya.
Namun dia menggunakan anak lelaki untuk menyerahkan kepada saya. Kini orang awam mengetahui mengenainya dan tolong jangan berikan sebarang hadiah melalui anak-anak lagi.
Susulan Keputusan Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) gagal menjumpai jalan pendamaian, Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari telah menetapkan tarikh prosiding pelantikan hakam kerabat pasangan selebriti itu pada 15 Jun hadapan.
Pada 10 Mac lalu, Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.
Alasan diberikan pelakon filem Imaginur itu adalah tiada persefahaman, sudah berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan dan tidak dapat lagi hidup bersama sebagai suami isteri. Bagaimanapun, Farid enggan melafazkan cerai terhadap Diana.
Sehubungan itu, Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan Farid dan Diana untuk menjalani proses JKP.
Sekadar info,Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata.
Sumber: Instagram