Pelakon dan pengarah, Farid Kamil mendedahkan bahawa isterinya, Diana Danielle telah menerima barang kemas yang diberikannya sebelum ini.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Farid Kamil Setia Pertahan Rumah Tangga, Diana Dianelle Berkeras Mahu Bercerai
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Farid Kamil & Diana Danielle Tiada Persetujuan, Proses Hadanah Masih Panjang
Artikel Berkaitan: ‘Saya Disuruh Untuk Menghantar Surat Lima Hari Sebelum Jumpa Anak’ – Farid Kamil
Usaha pujuk Diana
Farid Kamil yang ditemui selepas prosiding keputusan JKP dan nusyuz pada hari ini berkata barang kemas tersebut telah diterima isterinya melalui anak-anak mereka.
Cincin yang saya berikan sudah diterima. Lapan barang kemas itu telah Diana terima sebanyak dua kali melalui Muhammad dan Aurora.
Dalam pada itu, dia turut memberitahu bahawa pihaknya sudah melakukan pelbagai usaha iaitu sebanyak 10 kali untuk berbaik bersama isterinya.
Insya-Allah masaya akan tiba. Saya sayangkan isteri saya dan saya tak pernah sayangkan orang lain seperti saya sayangkan isteri saya.
Sehubungan dengan itu, pelakon filem Anwar: The Untold Story ini positif walaupun keputusan JKP pada hari ini gagal dan dia tetap enggan melafazkan cerai terhadap isterinya.
OhBulan! cuba untuk mendapatkan keterangan daripada Diana, namun aktres itu didapati telah meninggalkan mahkamah terlebih dahulu tanpa pengetahuan pihak media.
@ohbulanofficial Replying to @MOON_ Cincin dan barang kemas diterima oleh Diana Danielle.. kita doakan yang baik baik aje.. ??#ohbulan #fyp #news ? original sound – OHBULAN!
Terdahulu, Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari telah menetapkan tarikh prosiding pelantikan hakam kerabat pasangan selebriti itu pada 15 Jun hadapan.
Pada 10 Mac lalu, Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.
Alasan diberikan pelakon filem Imaginur itu adalah tiada persefahaman, sudah berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan dan tidak dapat lagi hidup bersama sebagai suami isteri. Bagaimanapun, Farid enggan melafazkan cerai terhadap Diana.
Sehubungan itu, Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan Farid dan Diana untuk menjalani proses JKP.
Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata.