berita

Diana Danielle Dapat Hak Penjagaan Penuh Anak-Anak

August 21st, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Diana Danielle Dapat Hak Penjagaan Penuh Anak-Anak

Peguam yang mewakili pelakon, Diana Danielle iaitu Datuk Akberdin Abdul Kadir memberitahu kepada pihak media hari ini bahawa anak guamnya mendapat hak penjagaan anak sepenuhnya.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Farid Kamil, Diana Danielle Cerai Talak Satu Melalui Google Meet

Semuanya diselesaikan cara baik

Diana Danielle Dapat Hak Penjagaan Penuh Anak-Anak

Menurut Akberdin, semuanya telah diselesaikan secara baik dan hak penjagaan anak-anak diberikan kepada Diana.

Semuanya telah diselesaikan cara baik dan telah dijadikan terma-terma mahkamah dan kedua-dua pihak bersetuju jadikan terma itu di antara mereka.

Jadi hak penjagaan anak dan lawatan semua diselesaikan secara baik termasuk isu lain-lain. Jadi tiada apa lagi. Lain-lain terma adalah sulit.

Ujar Akberdin lagi ketika ditemui di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, semua terma lain telah diselesaikan secara global dan baik.

Terdahulu, pasangan selebriti Farid Kamil dan Diana Danielle akhirnya bercerai dengan talak satu yang dilafazkan di hadapan Hakim Syarie, Shukran Yusof kira-kira 3.22 petang di atas talian menerusi aplikasi Google Meet.

Farid tidak dapat menghadirkan diri ke mahkamah disebabkan masalah kesihatan susulan dijangkiti Covid-19, baru-baru ini.

Shukran Yusof kemudian memerintahkan Diana menjalani tempoh edah selama tiga bulan dan mendaftarkan perceraian mereka.

Pada 10 Mac lalu, Diana Danielle memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya yang juga pelakon dan penerbit, Farid Kamil.

Diana membuat permohonan cerai di atas talian dengan alasan tiada lagi persefahaman, berlakunya shiqaq atau perbalahan berpanjangan dan tidak dapat lagi hidup bersama sebagai suami isteri.

Bagaimanapun, Farid enggan melafazkan cerai tersebut. Malah, difahamkan pasangan itu tidak lagi tinggal serumah.

Untuk info, Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×