Sudah dikurniakan dua orang cahaya mata, pelakon Diana Danielle enggan mengembangkan bilangan ahli keluarga lagi.
Artikel Berkaitan: ‘Kenyataan Dia Buat Saya Menggigil’ – Dakwa Allahyarham Zulfarhan Jadi Punca, Diana Danielle Amuk Dengan Wanita Twitter
Tak ada sebab nak tambah anak
Menurut Diana, 31, dia berpendapat sudah cukup hanya dengan dua orang anak. Tidak ingin mengikut telunjuk orang luar, Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson berkata dia mahu memberi tumpuan sepenuh sebelum anak-anaknya, Muhammad, 9, dan Nur Aurora, 6, melangkah ke alam remaja.
Ya, betul anak yang kedua sudah enam tahun, tetapi bagi saya, pada usia inilah mereka perlukan bimbingan dan input setiap masa sebelum melangkah ke fasa remaja.
Nampak sahaja besar, tetapi masih nak pelukan, manja dan mahu teroka dan terangkan soalan-soalan makin rumit dan mendalam.
Sikap ingin tahu mencanak, personaliti makin terbentuk, makin pandai persoalkan kita, makin ingin berkawan dengan mengenali dunia luar. Saya tidak nampak itu sebab untuk tambah dan tambah (anak).
Anak amanah hidup
Tambah isteri kepada aktor dan pengarah Farid Kamil, anak adalah amanah yang harus dijaga dengan baik. Katanya, bukan hanya mementingkan kemampuan dari sudut wang ringgit tetapi dari segi mental, emosi dan juga masa.
Dalam pada itu, pelakon drama Raisha memberita antara alasan kukuh lain adalah dia enggan anak-anak membesar dengan pembantu rumah mahupun pusat jagaan kanak-kanak.
Seorang (anak) pun sudah amanah seumur hidup. Jadi, kita ikut pada kemampuan yang bukan hanya daripada segi duit, tetapi mental, emosi dan juga masa.
Masa yang tepat akan tiba jika kami rasakan perkara tersebut (untuk menambah cahaya mata) patut berlaku.
Ibu bekerja lagi berfikir lebih. Tidak mahu anak yang baru dilahirkan membesar dengan orang gaji dan cikgu taska sahaja. Itu bukan sebab kami mahukan anak.
Saya mahu menjadi ibu, saya mahu membimbing mereka dan menjadi tempat rujukan. Sehingga sekarang, masih banyak kerja keibubapaan yang perlu dilakukan. Termasuklah dengan diri saya sendiri.
Perkongsian penyanyi itu di Instagram (IG) telah menarik perhatian rakan selebriti untuk meninggalkan komen. Antaranya adalah Hanis Zalikha, Amyra Rosli dan Ramona Zamzam.
Terdahulu, Diana dan Farid berkahwin pada 3 November 2012. Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata.
Sumber: Instagram @dianadanielleb