Gara-gara pernah diminta peminta sedekah sebanyak RM50, pelakon Diana Danielle akui timbul perasaan sangsi untuk menghulurkan sumbangan.
Artikel Berkaitan: Diana Danielle Enggan Tambah Ahli Keluarga, Ingin Fokus Perkembangan Anak – ‘Pada Usia Inilah Mereka Perlukan Bimbingan & Input’
Boleh ke tak bagi sedekah?
Menerusi ciapan di Twitter, Diana, 31, berkongsi pengalaman yang tidak dilupakan. Cerita pemilik nama Diana Danielle Danny Beeson, dia didatangi seorang lelaki yang mengetuk pintu keretanya lalu meminta wang ringgit.
Permintaan RM50 itu mengejutkan dirinya dan menimbulkan perasaan ragu-ragu. Malah, isteri kepada aktor dan pengarah Farid Kamil juga terfikir berkemungkinan dia akan menjadi mangsa ragut.
Nak tanya, kalau was-was, tak apa ke kalau kita tolak untuk menghulur sedekah?
Ada insiden seorang lelaki ini tiba-tiba ketuk pintu kereta dan kemudian, cerita laju panjang dan minta RM50.
Terkejut sebab dia minta amaun yang spesifik dan hati rasa ragu-ragu. Sikit lagi ingat nak kena ragut dah.
Utamakan keselamatan
Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet pernah mengalami situasi yang sama. Ada yang menasihati supaya mengutamakan keselamatan diri terutama golongan wanita.
Kata pengikut pelakon drama Raisha, seeloknya wang tersebut disumbangkan kepada rumah kebajikan anak yatim dan golongan asnaf.
Sumber: Twitter @ImDianaDanielle