berita

Diana Danielle Terima Sejambak Bunga Daripada Farid, Neelofa ‘Tag’ PU Riz -‘Sayang Nak Bunga Biru Please’

September 21st, 2023 | by Alia
Kini Trending

DD Neelofa

Selebriti dan usahawan terkenal, Noor Neelofa berkongsi rakaman video memperlihatkan pelakon Diana Danielle menerima sejambak bunga daripada suaminya iaitu Farid Kamil.

Artikel Berkaitan: Farid Kamil & Diana Danielle Akan Ke Mahkamah Untuk Proses Rujuk

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kami Mula Berbaik Selepas Diana Mempelawa Saya Untuk Breakfast Bersama’ – Farid Kamil

Farid hadiahkan

DD Neelofa

Menerusi video yang dimuat naik di Insta Story (IG) Neelofa, Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson kelihatan tersenyum dan tersipu malu ketika menerima jambangan bunga itu.

Pelakon filem Imaginur tersebut dilihat mencium jambangan bunga berwarna merah jambu yang dihadiahkan Farid.

Neelofa juga secara berseloroh sempat meminta suaminya iaitu PU Hariz untuk memberikannya sejambak bunga berwarna biru.

Farid Kamil hadiahkan bunga masa Diana Danielle di set Naelofar.

Sayang (PU Hariz) nak bunga please, warna biru okay.

Sementara itu, tinjauan OhBulan! mendapati Diana turut memuat naik semula hantaran berkenaan di IG miliknya dengan meletakkan emoji ‘mini love’.

Terdahulu, Farid atau nama sebenarnya Farid Kamil Zahari, mendedahkan bahawa dia dan Diana telah pun rujuk pada 31 Ogos yang lalu. Ia susulan spekulasi mereka dilihat mesra dan hadir bersama semasa ditemu bual oleh seorang wartawan.

Untuk rekod, pada 10 Ogos lalu, Diana dan Farid sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan miliki dua orang cahaya mata iaitu Muhammad, 10 dan Nur Aurora, 8 tahun.

Sumber: Instagram Neelofa

SKIP THIS AD ×