berita

Farid Kamil & Diana Danielle Akan Ke Mahkamah Untuk Proses Rujuk

September 16th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Farid Kamil Diana Danielle

Baru-baru ini, kecoh di media sosial desas-desus pelakon cantik, Diana Danielle dan bekas suaminya, Farid Kamil dikhabarkan sudah berbaik dan dikatakan bakal kembali bersama.

Artikel Berkaitan: ‘Kami Berdua Akan Buat Satu Keputusan’ – Diana Danielle & Farid Kamil Bakal Umum Berita Penting Dalam Masa Terdekat?

Bakal rujuk dalam masa terdekat

Farid Kamil Diana Danielle

Ketika ditemui OhBulan!, aktor berusia 42 tahun itu mengesahkan bakal rujuk kembali bersama Diana dalam masa terdekat dan merancang ke mahkamah syariah untuk proses selanjutnya.

Sementara itu, Diana, 32, berkata keputusan yang dilakukan mereka berdua ini adalah kerana anak-anak. Ujar aktres ini lagi, dia juga melihat perubahan positif daripada mereka berdua.

Semua yang kita buat ni untuk anak-anak. Kalau hanya untuk diri kami, mungkin tiada sangat motivasi yang tinggi untuk mengeratkan kembali tapi kita ada faktor-faktor lain dan masa depan anak-anak.

Mungkin itu boleh jadikan kami ibu bapa yang lebih baik dan pasangan yang matang.

Kalau ada peluang anak-anak saya untuk bahagia dan Farid boleh bahagiakan mereka, saya turut bahagia.

Apabila ditanya mengenai penerimaan keluarga, Diana berkata kedua-dua belah keluarga mendoakan yang terbaik buat mereka berdua.

Pada Khamis, tular khabar angin Diana dan Farid akan rujuk semula sebagai suami isteri selepas mendedahkan cinta mereka sepertinya kembali terpatri dalam untaian video pendek dalam media sosial hiburan, Budiey Channel.

Untuk rekod, pada 10 Ogos lalu, Diana dan Farid sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan miliki dua orang cahaya mata iaitu Muhammad, 10 dan Nur Aurora, 8 tahun.

SKIP THIS AD ×