berita

Dibuli & Ditolak Rakan Dari Tangga, Pelajar Asrama Terima 50 Jahitan Di Muka

May 30th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Seorang pelajar tingkatan dua Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Balik Pulau yang didakwa menjadi mangsa buli rakan sekelas terpaksa menerima 50 jahitan di pipi, dahi serta hidung.

Mangsa buli cedera parah

Sekadar gambar hiasan

Menurut bapa mangsa, Chandran Veluppillai, kecederaan tersebut berpunca apabila anaknya dipercayai ditolak dari tangga asrama sehingga mengakibatkan cermin mata yang dipakainya pecah.

Saya terima panggilan daripada pihak sekolah kira-kira pukul 11.40 malam memaklumkan kejadian selain mendakwa menghantar anak saya ke Hospital Balik Pulau bagi rawatan.

Anak saya kemudian dibawa ke Hospital Pulau Pinang kira-kira pukul 3 pagi untuk menerima jahitan berdasarkan kecederaan yang dialaminya agak parah.

Difahamkan, mangsa sudah discaj dari hospital dan kini sedang cuti sakit. Namun mangsa masih perlu menjalani rawatan susulan kerana terdapat kesan darah beku di bahagian mata selain jahitannya perlu dibuka dalam tempoh terdekat.

Mengulas lanjut, Chandran mendakwa, anaknya pernah mengadu secara lisan diganggu pelajar sama kepada salah seorang guru di institusi berkenaan sebelum insiden berkenaan berlaku.

Memang tak dinafikan saya ada minta anak tukar tempat pengajian tapi dia menolak kerana dia sangat suka belajar di sana tambahan pula abangnya turut belajar di institusi sama.

Chandran berharap agar individu yang terlibat diambil tindakan dan dikenakan hukuman yang setimpal.

Sumber: Malaysia Gazette

SKIP THIS AD ×