berita

Bapa Kecewa Anak Buta Didakwa Dibuli Pelajar Senior Sekolah – ‘Saya Dah Minta Nak Tengok CCTV Tapi Tak Dibenarkan’

September 18th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Bapa Kecewa Anak Buta Dibuli Pelajar Senior

Seorang pelajar perempuan sekolah berusia 8 tahun dari daerah Gresik, Jawa Timur, Indonesia buta selepas dibuli pelajar senior sekolahnya.

Artikel Berkaitan: Ibu Kesal Anak 6 Tahun Dibuli, Bila Ajak Berbincang….Ini Respon Tak Masuk Akal!

Dicucuk lidi bakso

Bapa Kecewa Anak Buta Dibuli Pelajar Senior

Gambar sekadar hiasan

Memetik laporan Kompas, kanak-kanak yang hanya dikenali sebagai Sah itu disahkan buta selepas dicucuk dengan menggunakan lidi bakso ketika sedang membuat persiapan bagi pertandingan yang dianjurkan sekolahnya sempena sambutan kemerdekaan pada 7 Ogos yang lalu.

Menurut bapa kepada Sah iaitu Samsul Arif, anaknya yang sedang sibuk berlatih secara tiba-tiba ditarik seorang pelajar senior sebelum dipaksa untuk diberikan wang kepadanya.

Pelajar senior tersebut kemudiannya bertindak menusuk mata menggunakan lidi bakso kerana berang dengan tindakan SAH yang enggan menunaikan permintaannya.

Selepas kejadian itu saya terus membawa anak saya ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Kalau tengok mata kanannya nampak seperti tidak terlalu serius tapi hakikatnya dia kini sudah tidak dapat melihat lagi akibat daripada sarafnya yang rosak.

Kini, sudah sebulan anak saya tidak ke sekolah kerana masih trauma dan takut dengan apa yang telah berlaku. Bukan itu sahaja, anak saya juga tidak mahu bercakap banyak akibat daripada kejadian tersebut.

Dalam pada itu, Samsul menyuarakan ketidakpuasan hatinya kepada pihak sekolah yang enggan memberi kerjasama memberikan kebenaran kepadanya melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang berada di kawasan sekitar kejadian.

Saya dah minta kebenaran kepada pihak sekolah untuk tunjukkan rakaman CCTV namun mereka tidak membenarkan dan anak saya pula tidak tahu nama pelajar senior tersebut.

Meskipun dia mengecam wajah si pelaku namun ia tidak memberikan apa-apa makna kerana dia sudah tidak boleh melihat lagi ketika ini.

Sementara itu, bapa yang berusia 36 tahun ini mendedahkan bahawa dia sudah pun melaporkan kejadian ini kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

Sumber: Kompas

SKIP THIS AD ×