berita

Dicekik Suami Ketika Bergaduh, Isteri Nekad Tikam Zakar Suami Guna Lembing

March 7th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Seorang lelaki di wilayah Buriram, Thailand terpaksa menahan ‘azab ‘selepas isterinya didakwa bertindak menikam zakarnya menggunakan lembing ketika mereka sedang bertengkar.

‘Ditikam’ isteri sendiri

Foto: TheThaiger

Menerusi laporan media tempatan, si isteri yang berusia 43 tahun dikatakan menikam tempat tersebut menggunakan lembing sebelum bertindak memutarkannya seperti yang dilakukan ketika menangkap ikan.

Susulan daripada serangan tersebut, mangsa, 45, bertindak melarikan diri ke rumah ibunya menggunakan motosikal dan mendapatkan rawatan di hospital pada keesokan harinya.

Dia takut isterinya akan menyakitinya lagi.

Bercerita lebih lanjut, mangsa dikatakan menerima 17 jahitan dan kini dia menetap bersama ibunya berikutan bimbang akan menerima nasib yang sama.

Bagaimanapun si isteri mendakwa ketika kejadian si suami bertindak mencekik lehernya terlebih dahulu sebelum dia bertindak sedemikian rupa. Jiran-jiran juga menceritakan kepada wartawan, pasangan ini sering kali bergaduh.

Sumber: TheThaiger

SKIP THIS AD ×