Selepas mendirikan rumah tangga bersama seorang jutawan muda iaitu Aliff Awang, nama pelakon Fatin Afeefa seringkali menjadi sebutan warganet. Malah segala aktiviti harian yang dikongsi pasangan ini di media sosial turut meraih perhatian ramai.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Dah Terbukti Dia Bukan Nakkan Mak Je..’- Netizen Puji Suami Fatin Afeefa Tak Kekok Layan Anak Tiri
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Jadi Lelaki Alfa, Perempuan Akan Tertarik’ – Jawapan Suami Fatin Afeefa Cetus Rasa ‘Sesuatu’ Di Kalangan Netizen
‘Tak apa lah, berkorban untuk suami’
Baru-baru ini, Fatin bersama suaminya dilihat telah menghadiri satu majlis keramaian dan ketika itu, seorang kenalan mereka menegur aktres itu yang sedang beratur untuk mengambil makanan. Individu tersebut seakan terkejut melihat Fatin memegang dua pinggan untuk mengambil makanan buat dua orang sedangkan Aliff dilihat duduk di meja makan sambil bermain telefon bimbit.
Apa kau buat ni Opai? Dia pula kena ambil makan, Opai lepak situ. Ya Allah, tak boleh pakai betul lah. Tak apa lah, berkorban untuk suami.
Video yang dikongsikan semula oleh netizen di TikTok telah mendapat pelbagai respon dan rata-rata daripadanya tidak bersetuju dengan cara Aliff melayan Fatin. Ada di antara mereka menganggap Aliff seperti tidak menghormati Fatin sebagai isterinya. Tidak kurang juga, ada yang menyifatkan perkara tersebut adalah normal dan lumrah sebagai seorang isteri untuk melayan makan minum suami.
Fatin sempat meninggalkan komen di video tersebut dan memberitahu bahawa dia berbuat demikian kerana mahu mencari pahala. Dia juga seakan tidak faham dengan netizen yang sering mempersoalkan apa sahaja yang dilakukannya.
Video
Komen
Sumber: TikTok