Semenjak bergelar suami isteri, pelakon Fatin Afeefa dan suami, Aliff Awang kerap melakukan siaran langsung di aplikasi TikTok.
Walau bagaimanapun, kenyataan suami kepada Fatin menerusi satu live baru-baru ini membuatkan ramai tidak senang dengan apa yang diperkatakan.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Dah Terbukti Dia Bukan Nakkan Mak Je..’- Netizen Puji Suami Fatin Afeefa Tak Kekok Layan Anak Tiri
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tunjuk ‘Love Bite’ Dalam Live, Suami Fatin Afeefa Akui ‘Lazat’ – ‘Dah Kahwin Okay Lah Nampak Bahagia’
Artikel Berkaitan: ‘Kenapa Lari? I Bayar Mahal Kahwin Dengan You’- Elak Dipegang Suami, Tindakan Fatin Afeefa Jaga Wuduk Dipuji
Tak susah nak ngorat Fatin
Menerusi suntingan live yang dimuat naik di Tiktok, kelihatan pasangan itu di dalam kereta sambil menjawab pelbagai soalan yang dikemukan oleh para warganet.
Saya jawab jujur. Fatin lagi susah nak dapatkan perhatian yang sepenuhnya dari saya.
Sebab kalau korang jadi lelaki yang dominant (berkuasa), lelaki yang Alfa, yang tegas, jadi lelaki yang tahu apa yang dia nak, perempuan akan tertarik.
Jadi, masa saya nak ngorat Fatin, tak banyak usaha sangat pun. Yang banyak usaha, Fatin.
Tambah Aliff, lelaki sejati akan merasakan usaha dalam mengambil hati seorang wanita untuk dijadikan suri hati adalah sesuatu yang mudah.
Walau bagaimanapun, rata-rata netizen merasakan kurang senang dengan jawapan yang dilontarkan dari suami pelantun lagu ‘Tentang Bulan’ itu.
@anynimoussss Lain mcm suami baru #fatinafeefa ni..haisss #fyp #fyp? #fypage #fyp??viral #trending #viral #fypdongggggggg
‘Sesuatu la dia ni…’
Sumber: Tiktok @nescafe_iCe