berita

Didakwa Buat Majlis Bercanggah Dengan Ajaran Islam, Illi Najwa Bakal Dipanggil Menteri Agama

December 20th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Baru-baru ini, viral di media sosial mengenai majlis perkahwinan kapten hoki India, Manpreet Singh Pawar dengan kekasihnya, Illi Najwa Saddique dari Malaysia

Artikel berkaitan: Pilih Gadis Malaysia Sebagai Isteri, Kapten Hoki India Kongsi Detik ‘Jatuh Cinta’!

Terbaru, menerusi laporan Berita Harian, pihak kerajaan akan memanggil Illi Najwa bagi mendapatkan penjelasan berhubung status agama mereka.

Dipanggil sebaik pulang ke Malaysia

Bagaimanapun, berdasarkan maklumat awal yang diterima, wanita berkenaan masih seorang Muslim dan setakat ini tiada permohonan diterima untuk menukar agama. Pada masa sama, kita juga tidak menerima permohonan daripada wanita berkenaan untuk berkahwin di luar negara.

Menerusi pembacaan saya di media sosial, wanita berkenaan masih Islam dan lelaki itu dikatakan sudah memeluk Islam akhir tahun lalu. Bagaimanapun, perkara ini akan terungkai sebaik kita mendapat penjelasan daripada wanita itu sendiri.

Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary, pihaknya akan memanggil wanita tersebut sebaik sahaja dia pulang ke Malaysia. Tambah beliau lagi, pihaknya masih menunggu maklumat rasmi daripada Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) berhubung status agama wanita berkenaan.

Bercanggah dengan ajaran Islam

Kita memahami kegusaran masyarakat berhubung perkara berkenaan kerana ia agak sensitif. Bagaimanapun, setakat ini kita bersangka baik dan mengandaikan wanita itu masih Islam.

Terdahulu, pasangan itu memberitahu bahawa mereka sudah menjalinkan hubungan cinta sejak sembilan tahun lalu. Mereka juga telah mengadakan majlis resepsi di kampung halaman Manpreet di Mithapur, India. Susulan daripada majlis tersebut, pasangan itu didakwa mengadakan majlis yang bercanggah dengan ajaran Islam kerana terdapat unsur agama lain.

Ujar Marzuk lagi, dia memahami kegusaran masyarakat berhubung perkara berkenaan kerana ia agak sensitif. Bagaimanapun, setakat ini dia berharap semua masyarakat bersangka baik dan mengandaikan wanita itu masih Islam.

Sumber: Berita Harian

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×