berita

Didakwa Cemari Ramadan, Faiz Roslan Mohon Maaf, Persoal Artis Tegur Berbaur Ugutan

May 20th, 2018 | by faris
Kini Trending

Video parodi Lagi Syantik yang dimuatnaik personaliti media sosial, Faiz Roslan menerima kecaman hebat apabila memaparkan lelaki berpakaian wanita dengan gerak tari kurang sopan. Malahan, Sharnaaz Ahmad juga meluahkan rasa tidak senang dengan video tersebut.

Faiz dalam satu kenyataan di Twitter akhirnya memohon maaf di atas keterlanjurannya itu.

Minta maaf, mungkin salah timing

Faiz yang mempunyai lebih 300 ribu pengikut di Instagram meminta maaf kepara memuatnaik video itu. Dia menganggap kemungkinan dia telah salah timing dan telah memadam video itu dari tontonan awam dan meminta sesiapa yang mempunyai video itu untuk membuat perkara sama.

Faiz juga berterima kasih kepada Da’i Wan Dazrin yang telah menegurnya berkenaan hal itu selain berjanji video berikutnya lebih sopan berbanding Lagi Syantik.

Tegur penegur seperti nak pukul

Dia juga sempat menegur seorang artis yang didakwanya menegur tapi seolah mahu mengugut ingin memukul. Tambahnya, emaknya sendiri tidak pernah memukulnya, apalah hak artis tersebut untuk berbuat demikian.

Sebagai selebriti, menurutnya, pihak terbabit perlulah berjaga-jaga dalam perbuatan dan tidak menyebarkan kebencian.

Sumber: Faiz Roslan

The following two tabs change content below.

faris

Content champion at Rev Asia
Self-proclaimed foodie yang mahu salam cium tangan pencipta Horlicks Mcflurry.