Semalam viral di media sosial, Faiz Roslan menerusi live di Instagram mengaku tidak berpuasa disebabkan tidak menunaikan solat. Menerusi live itu juga, Faiz secara terbuka mempamerkan rakannya sedang makan.

Dai Wan yang sebelum ini sudah beberapa kali menasihati mereka namun tidak diendahkan kini nampaknya sudah ‘berputus asa’. Namun tetap mendoakan semoga mereka diberikan hidayah.

Maaf sampai di sini sahaja

Batal ke puasa bila tak solat?

Menerusi temubual di Kool FM, Dai Wan menjelaskan ibadah puasa tetap diterima Allah SWT jika pengamalnya cukup syarat dalam melaksanakan puasa yang sah. Namun, mereka dikategorikan fasik dan wajib bertaubat. Jadi adalah menjadi satu kesalahan bila mengatakan ‘kalau tak solat, puasa itu tiada gunanya’.

‘Tugas Dai dah selesai’

Sumber : Da’i Wan