berita

Didakwa ‘Propa’, Kurang Ajar & Tak Layak Menjadi Contoh Usahawan, Ini Respon Asyraf Khalid

July 5th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Tular di laman sosial Twitter baru-baru in tentang dakwaan pelakon dan usahawan terkenal Tya Arifin dan suaminya Asyraf Khalid dikatakan sebagai pasangan yang kurang adab dan bukan contoh terbaik sebagai ahli perniagaan.

Artikel Berkaitan: Datuk K Dedah Perangai Asyraf Berubah 360 Darjah

Artikel Berkaitan: Netizen Kagum Tengok Banglo Mewah Tya Arifin & Asyraf Khalid, Siap Ada Pawagam & Gelanggang Tennis

Hanya dakwaan

Seorang pengguna Twitter mendakwa pasangan itu dikatakan bersikap kurang ajar terhadap kakitangan hotel dan hanya berpura-pura di media sosial.

Tidak tunggu lama, pihak OhBulan! segara menghubungi Asyraf Khalid untuk mendapatkan penjelasan berhubung dakwaan tersebut.

Menurut Asyraf, dia bukanlah seorang yang cepat marah apatah lagi untuk bersikap biadab malah dia juga berkata kenyataan individu tersebut hanyalah dakwaan tidak berasas.

Saya rasa bagi yang mengenali saya, saya ini ‘friendly’ orangnya dan sangat jarang untuk saya marah-marah. Jadi saya pun tak tahu sebenarnya dia tujukan kepada siapa sebenarnya atau insiden apa.

Pada saya mereka ini hanya mendakwa sahaja dan saya rasa perkara ini bukan kenyataan yang betul.

Namun begitu, dia tetap memohon maaf andai ada perbuatannya yang menyakitkan hati mana-mana pihak.

Tetapi andai ada salah daripada saya, saya minta maaf namun seingat saya, saya tidak pernah bersikap kurang ajar terhadap kakitangan hotel jadi saya rasa individu tersebut hanya bercakap-cakap sahaja. Saya tidak pernah sama sekali berniat untuk menyakitkan hati siapa-siapa.

Sentiasa bersyukur & berusaha

Dalam pada itu, terdapat juga ciapan yang mengatakan usahawan berusia 31 tahun tersebut tidak layak untuk dijadikan contoh kerana dia datang daripada keluarga yang senang.

Menjawab kepada kenyataan tersebut, Asyraf berkata walaupun cabaran yang dihadapinya tidak sama seperti orang lain namun dia tetap bersyukur kerana memperoleh banyak peluang dalam kehidupan.

Bagi saya setiap manusia tak lari dari dugaan & cabaran dalam kehidupan. Saya pun pernah alami cabaran dalam perniagaan, tapi saya sedar, cabaran yang saya alami mungkin kecil di bandingkan dengan ramai orang.

Anak kepada usahawan terkenal, Datuk Khalid Mohamad Jiwa ini diajar oleh bapanya untuk sentiasa menempuh perjalanan kehidupan seperti orang lain supaya maju dalam perniagaan walaupun berada dalam kesusahan.

Saya sedar, saya sangat bertuah datang dari keluarga yang baik-baik dan mempunyai banyak peluang dalam hidup justeru itu saya sangat bersyukur menjadi anak kepada ayah saya.

Ayah saya mahu kami untuk belajar tentang kehidupan dengan sendiri. Jadi dari saya muda, dia mahu kami menjalani kehidupan seperti orang lain. Jadi bila kami susah, dia biarkan untuk kami belajar dan jadi orang yang lebih baik.

Sementara itu, dia juga berkata walau apa juga kelebihan yang dimiliki seseorang tetapi jika tiada usaha maka tiada siapa pun yang akan memperoleh kejayaan.

Bagi saya kalau kita ada duit banyak mana pun, atau ada kelebihan macam mana pun, kalau kita malas, tak kerja keras dan tak percaya dengan diri sendiri, duit banyak mana pun boleh habis.

Setiap manusia takkan lari dari cabaran Allah. Saya bersyukur, cabaran saya mungkin tak sebesar orang lain, tapi semua orang akan lalui fasa-fasa seperti itu dalam kehidupan.

SKIP THIS AD ×