Seorang cef terkenal mengambil tindakan undang-undang terhadap bapanya selepas mendakwa lelaki itu melakukan penyelewengan sehingga mencecah jutaan dolar.
Artikel Berkaitan:Tiga Bekas Pelajar Sekolah Menengah Dapat Pampasan RM50k, Saman Guru ‘Ponteng’ Kelas
Cef terkenal saman bapa
Menurut laporan Arab News, Burak Ozdemir atau lebih dikenali sebagai cef CZN memfailkan saman terhadap bapanya, Hasan Ozdemir dengan menuntut ganti rugi sebanyak AS$10 juta (RM45.5 juta).
CZN Burak mendakwa bapanya menggunakan syarikat media dan hiburan miliknya iaitu Hatay Medya untuk menyeleweng dan mendapatkan pinjaman loan atas namanya tanpa pengetahuan. Menurut CZN Burak lagi, bapanya menggunakan duit tersebut membeli beberapa kereta mewah dan hartanah.
Sebelum ini, CZN Burak menceburkan diri dalam perniagaan restoran sehingga memiliki rangkaian tersendiri. CZN Burak kemudian mendapati bapanya telah menjual restoran miliknya pada harga AS$41 juta (RM186.8 juta).
Walau bagaimanapun, Hasan menafikan dakwaan itu dengan memaklumkan dana tersebut dilaburkan dalam perniagaan anaknya dan bertujuan untuk mempromosikan jenama CZN Burak tanpa sebarang niat penipuan.
Prosiding undang-undang belum selesai dan perbicaraan pertama dijadualkan pada September di mahkamah Istanbul. Difahamkan, CZN Burak merancang untuk membina semula kehidupan dan tinggal bersama ibu menggunakan wang simpanannya.
Sumber: Arab News