Bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri memberi kata-kata semangat kepada golongan wanita yang berdepan nasib sama sepertinya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Sama Sekali Tidak Membuat Laporan Palsu’ – Hafidz Roshdi Nafi Tuduh Shuhada Gugurkan Kandungan
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Keputusan Lafaz Cerai Hafidz Roshdi Ditangguhkan Pada 27 Julai
Pesanan buat ‘penyondol’
Ketika ditemui OhBulan!, Shuhada berkata Allah sentiasa menguji hamba-Nya dan akan menggantikan dengan sesuatu yang indah kelak.
Oleh itu, dia berharap semua wanita yang sedang diuji ketika ini untuk sentiasa bersabar.
Saya ingin beri semangat pada semua wanita di luar sana. Semua yang melalui fasa yang sukar ketika ini, banyakkan bersabar.
Saya tahu perasaan itu sangat pedih dan perit. Tapi tidak mengapa Allah baik sangat. Bila kita baik, kejar cinta Allah, Allah akan ganti dengan lebih indah.
Saya anggap segala dugaan yang saya terima adalah ujian yang Allah bagi, supaya saya kuat dan jadi role model untuk anak-anak.
Shuhada berkata demikian sejurus selesai proses lafaz cerai yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam pada Khamis.
Dalam pada itu, ibu kepada dua cahaya mata itu turut memberi pesanan kepada para penyondol yang mempuanyi niat untuk menggangu rumah tangga orang lain agar mengingati balasan Allah.
Kepada sesiapa yang bercita-cita nak dirikan kebahagian di atas penderitaan orang lain, ingat dan percaya Allah. Semua tahu Allah mampu berbolak-balikkan hati manusia. Semua yang di dunia ini hak Allah.
Terdahulu, mahkamah memutuskan Hafidz dan Shuhada sah bercerai talak satu, pada pagi Khamis.
Sebelum ini, Shuhada memfailkan perceraian terhadap Hafidz di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 27 Februari lalu.
Bagaimanapun, lafaz cerai yang sepatutnya berlaku pada 21 Mac lalu gagal dilaksanakan selepas mahkamah mendapati ada isu baharu berhubung isu lafaz cerai pasangan tersebut.
Sementara itu, prosiding hadanah yang berlangsung 11 Jun lalu juga gagal menemui jalan penyelesaian apabila Hafidz berubah fikiran disaat akhir dan akan bersambung pada 12 September depan.
Dalam perkembangan berkaitan, Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu memerintahkan untuk Hafidz dihantar ke Hospital Bahagia bagi menjalani rawatan psikitiari.
Namun, Hafidz disahkan waras dan pertuduhan ke atasnya layak dibicarakan selepas dimaklumkan oleh Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bahru pada 9 Jun lalu.
Untuk rekod, Hafidz dan Nurul Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 serta dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2.