Baru-baru ini, tular satu video memaparkan seorang warga emas yang didatangi dua orang individu sewaktu sedang menjamu selera di sebuah restoran makanan segera.
Artikel Berkaitan: Bapa Baby Syifa Didakwa ‘Sebat’ Duit Kes Guaman Arwah Adik Dea Maisarah – ‘Jangan Buat Main Dengan Duit Sedekah Orang’
Didakwa songlap duit orang
Menerusi video tersebut, kedengaran salah seorang individu meluahkan ketidakpuasan hatinya terhadap warga emas tersebut yang didakwa telah menipu wang melibatkan urusan hartanah.
Individu tersebut meminta agar warga emas yang dikatakan berusia 80 tahun itu memulangkan semula wang yang telah diambilnya beberapa bulan lalu.
Inilah manusianya, dah berbulan-bulan aku cari kau. Aku tengok je kau.
Hari itu aku nampak kau waktu solat Jumaat, tapi aku sabarkan saja sebab aku nak tengok kau cari aku ke tidak.
Dalam pada itu, individu tersebut berkata dia enggan ‘melepaskan’ warga emas tersebut sekiranya dia tidak menyelesaikan serta memulangkan wang berjumlah RM9,000 yang ditipunya.
Namun, dengan secara tiba-tiba warga emas berkenaan dilihat bangun sebelum cuba untuk melarikan diri dari tempat tersebut.
Walau bagaimanapun, cubaan warga emas tersebut gagal selepas dia berjaya dihalang keluar daripada premis berkenaan.
Hantaran tersebut turut mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya mempertikaikan tindakan warga emas tersebut yang sanggup melakukan penipuan melibatkan duit terhadap orang lain.
Komen netizen
Sumber: Aplikasi X