Umum mengetahui, bekas pengacara ‘Meletop’ iaitu Noor Neelofa, telah memaafkan seorang gadis selepas individu tersebut didakwa menyebarkan fitnah terhadapnya dan PU Riz, baru-baru ini. Jelasnya lagi, kemaafan tersebut ikhlas datang dari hatinya.
Artikel berkaitan: ‘Baru Belasan Tahun, Jauh Lagi Perjalanan’ – Neelofa, PU Riz Sepakat Maafkan Gadis Sebar Fitnah
Artikel berkaitan: ‘Netizen Tak Akan Sibuk Kalau Family Sis Duduk Diam Je’ – Netizen
Meskipun kontroversi ‘fitnah’ tersebut sudah berakhir dengan permohonan maaf secara terbuka, segelintir netizen dipercayai masih tertanya-tanya mengenai hubungan Neelofa dengan kesemua ahli keluarganya. Maklumlah, keluarganya juga didakwa terpalit dengan kontroversi yang melanda.
Cerita pasal syurga
Sebelum ini, rata-rata netizen mendakwa kontroversi yang berlaku terhadap Neelofa berpunca daripada keluarganya sendiri. Mereka juga mendakwa, keluarga Neelofa sepatutnya bertenang dan menunggu keputusan daripada tuan empunya badan terlebih dahulu sebelum membuka ‘cerita’ kepada umum. Ekoran daripada itu juga, netizen mendakwa Neelofa jarang memuat naik foto mahupun video bersama keluarga tercinta lebih-lebih lagi bersama ibunya iaitu Datin Noor Kartini.
Sehubungan dengan itu, Neelofa telah memuat naik perbualan Whatsapp di antara dia dan ibunya di Instagram Story. Posting tersebut menunjukkan hubungan Neelofa dengan ibunya dipercayai masih sama seperti biasa dan mereka berdua berbicara mengenai surah Al-Insan iaitu surah manusia.
Love and respect her
Bukan itu sahaja, Neelofa turut memuat naik kata-kata indah yang berkaitan dengan ibu di Instagram Storynya. Kata-kata yang dikongsikan itu membawa maksud ‘tiada cinta yang lebih hebat di dalam dunia ini melainkan cinta ibu, jadi sayangilah dan hormatilah ibu’. Neelofa turut ‘tag’ ibunya di posting tersebut.
Sumber: Neelofa