berita

Didakwa Tidak Rapat Dengan Ira Kazar, Yusof Haslam Enggan Beri Komen

October 3rd, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Datuk Yusof dan Puteri Sarah Liyana

Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila segelintir wargamaya mendakwa pelakon, Puteri Sarah Liyana menjadi punca mentuanya, Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail tidak rapat dengan isteri kepada bekas suaminya, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar.

Artikel Berkaitan: ‘Biar Dia Meroyan, Cemburu Tu’ – Patimah Ismail Pertahankan Puteri Sarah

Tak nak komen

Datuk Yusof dan Puteri Sarah Liyana

Memetik laporan Harian Metro, Yusof mengambil pendekatan untuk tidak memberikan sebarang komen mengenai dakwaan yang dilemparkan netizen tersebut.

Maaf saya tak mahu komen.

Dakwaan tersebut mula timbul selepas Puteri Sarah dan Yusof dilihat bersama-sama menjadi tetamu undangan bagi program Sepahtu Reunion Live beberapa minggu yang lalu.

Keakraban yang ditunjukkan mereka menyebabkan ada pihak yang ‘sakit mata’ sehinggakan ada yang meminta agar Puteri Sarah menjauhkan diri daripada bapa mentuanya itu kerana bersimpati dengan Ira Kazar.

Sekadar info, Syamsul dan Puteri Sarah disahkan bercerai pada 14 Jun yang lalu selepas sekian lama berdepan dengan kemelut rumah tangga yang berpanjangan.

Penceraian itu dicapai selepas Syamsul mengaku sudah berkahwin Ira atau nama sebenarnya Faghirah Kazaruddin di Thailand pada 5 Januari lalu.

Untuk rekod, Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×