Pengacara Yasmin Hani menepis dakwaan tinggal sebumbung dengan aktor Alif Hadi meskipun belum mempunyai sebarang ikatan yang sah.
Artikel Berkaitan: Tak Serik Untuk Kembali Bergelar Isteri, Yasmin Hani & Alif Hadi Sedang Berkenalan – ‘Saya Hanya Mahu Berasa Gembira ..’
Artikel Berkaitan: Dapat ‘Green Light’ Dari Anak-Anak, Alif Hadi Nak Kahwin Tahun Ini Dengan Yasmin Hani
Bukan berdua di rumah!
Ketika ditemui OhBulan! Yasmin memberitahu dia bukan hanya menetap dengan anak-anak malah bersama ibunya yang berumur 76 tahun serta pembantu rumah.
Kata aktres berumur 43 tahun ini, Alif memang sering datang ke rumah untuk makan tetapi tegasnya, mereka berdua masih tahu menjaga batas pergaulan.
Mak saya nak campak mana? Dia selalu datang rumah saya untuk makan. Kalau dia tak datang makan, sampai pembantu rumah pun kata, ‘sunyilah Alif tak datang makan hari ini.’
Kita kalau dalam keluarga ada orang yang macam itu, kita layan biasa kan. Tapi kenapa bila boyfriend datang rumah, kita cakap dia tidur satu rumah. Kita kena tahu bawa diri, tahu mana salah, mana betul, sama la macam kami juga.
Saya jenis tak peduli sebenarnya. Cuma rasa sedih betapa kolotnya manusia sekarang ini. Saya fikir anak-anak juga nanti bila mereka dah besar dan nampak artikel tentang itu.
Tapi bila fikir balik, anak-anak tahu, Tok Mi (panggilan pada nenek) ada, Kak Nor (pembantu rumah) ada. Jadi, saya ambil keputusan untuk membiarkan saja mulut orang.
Sebelum ini, Yasmin pernah berkahwin dengan bekas pemain dram Blackrose, Sha’arin pada tahun 2011. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Noah Ismail Wong, 9, dan Eissa Elzander Wong, 6.
Tunggu waktu yang tepat
@ohbulanofficial Pengacara Yasmin Hani menepis dakwaan tinggal sebumbung dengan aktor Alif Hadi meskipun belum mempunyai sebarang ikatan yang sah. ? #ohbulan #fyp #sembangentertainment ? original sound – Ohbulan
Menjawab bakal berkahwin pada tahun ini, pemilik nama Yasmin Hani Ismail Richardson menyatakan dia tidak tergesa-gesa untuk menamatkan zaman janda.
Katanya, dia mahu memastikan Alif, 34, bersedia sepenuhnya untuk memikul tanggungjawab suami dan ayah kepada dua anak lelakinya.
Nothing to rush sebenarnya. Bila dah selesa, tiba waktu yang sesuai, nak kahwin kena ikut diri sendiri juga. Kita merancang tetapi Allah yang menentukan.
Kami belum ada perancangan yang serius untuk sampai ke situ dan saya rasa sekarang ini kami selesa berkawan. Bila benda ini akan jadi (kahwin), saya akan umumkan.
Saya juga nak pastikan Alif betul bersedia sebab saya ada cara tersendiri dalam menguruskan keluarga. Ini adalah proses yang panjang sebenarnya. Bukan main suruh orang cepat kahwin.
Dalam perkembangan terkini, Yasmin menjadi hos dalam program realiti masakan terbaharu di TV9, Dapur Tempur. Program realiti Dapur Tempur ini menampilkan selebriti terkenal Sheila Rusly dan cef selebriti Chef Adu Amran menggalas tugas sebagai juri tetap.
Setiap episod juga menampilkan juri-juri jemputan antaranya Nana Mahazan, Ayda Jebat, Afifah Nasir, Naim Daniel, Ropie, Sissy Imann, Bell Ngasri dan Michael Ang.
Dapur Tempur bakal bersiaran sebanyak 8 episod akan menemui penonton bermula 3 November 2022, setiap hari Khamis, jam 8.30 malam di TV9 dan juga melalui strim langsung secara HD di www.tonton.com.my.