berita

Dapat ‘Green Light’ Dari Anak-Anak, Alif Hadi Nak Kahwin Tahun Ini Dengan Yasmin Hani

August 12th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Umum tahu tentang kisah cinta antara aktres Yasmin Hani dengan pelakon sedang meningkat naik Alif Hadi.

Artikel Berkaitan: Tak Serik Untuk Kembali Bergelar Isteri, Yasmin Hani & Alif Hadi Sedang Berkenalan – ‘Saya Hanya Mahu Berasa Gembira ..’

Menanti hari bahagia

Enggan menyembunyikan lagi, Alif, 34, akui sudah mempunyai perancangan untuk berkahwin pada tahun ini.

Kata Alif, dia tidak mahu mengundang kutukan orang ramai yang kurang senang melihat mereka keluar bersama.

Insya-Allah kalau ada rezeki tahun ini. Saya tak menafikan, kalau boleh tahun ini kita lanjutkan. Lagi cepat lagi bagus sebab daripada kita keluar orang nampak dengan masih tiada ikatan dan sebagainya.

Terutama status Hani, jadi kalau boleh saya nak percepatkan. Sekarang kami masih fasa menantikan hari bahagia kami dan fasa mengenali sebagai calon bakal isteri.

Jaga perasaan anak-anak

Dalam pada itu, pemilik nama Muhammad Alif bin Abdul Hadi sangat mengutamakan perasaan kedua anak Hani yang masih kecil.

Katanya lagi, dia sudah mendapat restu daripada anak-anak selepas tiga bulan melakukan aktiviti bersama.

Mula-mula memang nak berkenalan dulu dengan dia, but after a while saya rasa tak fair kalau saya rapat dengan dia sahaja sebab dia merupakan single mother.

Jadi apa yang saya rasa yang paling penting ialah perasaan anak-anak terhadap perubahan keluarga mereka.

Hani baru lagi bercerai, jadi mentaliti anak-anak kadang tak pandai nak luahkan rasa mereka, risau sekiranya mereka pelik kenapa mummy mereka keluar dengan lelaki lain, siapa lelaki tu dan sebagainya.

Jadi saya dan Hani cuba peka terhadap perasaan anak-anak terlebih dahulu dan alhamdulillah sekarang ni saya boleh katakan mereka merestui hubungan.

Sekadar info, Yasmin dan bekas pemain dram Blackrose, Sha’arin berkahwin pada tahun 2011. Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Noah Ismail Wong, 9, dan Eissa Elzander Wong, 6.

Manakala, Alif pernah menjalinkan hubungan rapat dengan Zizi Kirana namun reda tiada jodoh antara mereka selepas penyanyi rap itu berkahwin dengan aktor Yusof Bahrin.

Sumber: Instagram @alifhadi

SKIP THIS AD ×