Sekadar gambar hiasan
Luahan seorang individu dikongsi personaliti TV3, Ahmad Fedtri Yahya menerusi satu ciapan di Twitter mengundang sebak orang ramai.
Menerusi luahan tersebut individu berkenaan dipercayai dilayan seperti ‘sampah’ oleh ibu angkatnya sendiri dan didera sejak kecil lagi.
Diuji sejak kecil
Sekadar gambar hiasan
Individu yang tidak didedahkan identitinya menceritakan dia ‘diambil’ berikutan ibu angkatnya tidak boleh mengandung bagaimanapun atas persuratan takdir insan ibu angkatnya hamil selepas tujuh tahun.
Salam Alayk. Sejauh manakah terlayak untuk syurga di bawah telapak kaki seorang ibu.
Dakwa individu ini lagi, sejak kecil dia menjadi mangsa kekerasan ibunya selepas kerap dipukul. Malah dia sering dihemburkan dengan kata-kata kesat.
Umur lima tahun saya dipukul guna dua hanger serentak sampai patah. Umur 7 tahun muka saya ditampar. Berdesing telinga saya. Semuanya sebab saya tanya soalan atau tersalah buat apa-apa.
Apa yang lebih mengejutkan apabila ibu angkatnya dikatakan memaksa dia membuat pinjaman peribadi bagi membeli sebuah rumah sebagai ganti rugi telah membesarkannya selama ini.
When i grow up kan. Memang dipanggil ‘babi’, saya ni anak haram, dan mak selalu cakap saya ni menyusahkan dan mintak saya mati.
Ibu kandung tak ada untuk membela saya dari kecil hingga hari ini. Ibu kandung begitu. Emak angkat pula begitu. Semoga Tuhan mengampunkan segala kepedihan saya yang tak terungkap.
Respon netizen
Menerusi ruangan balas, rata-rata netizen turut meluahkan rasa geram dengan tindakan wanita berkenaan dan mereka pada masa yang sama turut meminta insan cekal ini melaporkan kepada pihak berkuasa.
Ketika artikel ini ditulis, ciapan tersebut meraih hampir 550 tanda retweet dan 1k tanda suka.
Sumber: Ahmad Fedtri Yahya