ABPBH) ke-36

Buat julung kali, tiga selebriti terkenal iaitu Didie Alias, Haniff Hamzah dan Riena Diana digandingkan di atas satu pentas untuk menggalas tanggungjawab sebagai hos acara berprestij, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-36.

Artikel Berkaitan: #ABPBH35: Usaha 37 Tahun Bell Ngasri Jadi Pelakon Berbaloi- ‘Saya Tiada Kelab Peminat, Allah Izinkan Menang’

Artikel Berkaitan: #OhBulanTutupChapter23: Selebriti Gah Di Persada Seni..Michelle Yeoh Genggam Oscar & Fenomena ‘Yak Yak Yeah’ Antara Sorotan Utama

Gandingan julung kali!

ABPBH) ke-36

Didie atau nama sebenarnya, Fadzilah Mohd Ali, 52, berkata, dia teruja untuk bekerjasama dengan Haniff dan Riena selain akui cabaran besar menantinya pada malam kemuncak yang akan berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)  pada 11 Oktober depan.

Bersyukur sekali lagi diberi peluang untuk mengemudi ABPBH, sebuah acara yang cukup besar untuk selebriti negara.

Saya juga tidak sabar untuk bekerjasama dengan Haniff dan Riena, keserasian sudah mula dirasai apabila kami berjaya mengendalikan sidang media pengumuman malam kemuncak.

Sementara itu, Haniff berkata, dia dan dua rakan hosnya itu akan sentiasa berwaspada sewaktu mengacarakan acara tersebut supaya tidak menyentuh sebarang isu sensitif, apatah lagi ketika berlawak.

Sebagai pengemudi acara perlu sentiasa berjaga-jaga dengan perkara yang boleh mendatangkan sensitiviti sesetengah pihak. Contoh isu sensitif seperti agama, kaum, politik, seksualiti dan macam-macam lagi.

Kalau boleh tak mahu sentuh langsung, namun ada perkara yang perlu sebut juga kerana ada bahagian kelakarnya. Apa pun sentiasa berwaspada. Sentiasa semat dalam kepala, ABPBH ini bukan pentas untuk buat kesilapan.

Dalam pada itu, Riena atau nama sebenarnya Nur Qamarina Diana Zulreal, 28, berkata, dia akan berusaha mendapatkan keserasian yang sebaik mungkin bersama Haniff dan Didie sebelum acara kemuncak berlangsung.

Saya akan cuba sehabis baik untuk dapatkan keserasian sebagai hos. Kalau dalam lakonan saya dah beberapa kali kerja dengan Didie, macam Haniff pertama kali.

Kami akan duduk berbincang dan rancang untuk sesekali lepak bersama untuk dapatkan keserasian itu.

Didie, Haniff dan Riena diumumkan sebagai hos ABPBH 33 pada majlis sidang media pra Malam Kemuncak ABPBH 36 yang berlangsung di Hotel Courtyard by Marriot, pada Rabu.

36 mendahului undian

ABPBH) ke-36

Untuk edisi kali ini, sebanyak 16 kategori utama dipertandingkan dan bakal menyaksikan saingan sengit membabitkan semua pencalonan.

16 kategori utama tersebut adalah Artis Baharu Lelaki Popular, Artis Baharu Wanita Popular, Penyanyi Lelaki Popular, Penyanyi Wanita Popular, Artis Kolaborasi/ Duo/ Berkumpulan Popular, Aktor Filem Popular dan Aktres Filem Popular.

Selain itu, Aktor Pembantu Filem Popular, Aktres Pembantu Filem Popular, Aktor TV Popular, Aktres TV Popular, Aktor Pembantu TV Popular, Aktres Pembantu TV Popularc Penyampai Radio Popular, Pengacara TV Popular dan Artis Komedi Popular.

Sementara itu, turut dipertandingkan adalah lima kategori Ekstra! iaitu Couple Drama Popular, Couple Filem Popular, Watak Antagonis Drama Popular, Lagu Paling Boom Popular dan Artis Sensasi Popular.

Dalam pada itu, ABPBH 36 membawa semula anugerah khas, iaitu Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat untuk menghargai jasa dan sumbangan legenda seni dalam pembangunan industri.

Pemenang Bintang Paling Popular bakal membawa pulang sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) mewah yang ditaja oleh Conboq.

Malam kemuncak bakal dimeriahkan dengan persembahan menarik oleh barisan artis tanah air seperti Hazama, Ernie Zakri, Zamani, Marsha Milan, MK, Kumpulan Spider, Haqiem Rusli dan Shiha Zikir.

Kelainan untuk edisi kali ini, penganjur turut menyenaraikan 36 selebriti yang mendahului undian peminat.

Malam Kemuncak ABPBH36 disiarkan secara langsung di TV3 dan Tonton pada pukul 9 malam, 11 Oktober depan.

Penjualan tiket secara digital bermula pada 12 September lalu sehingga 10 Oktober ini dan boleh didapati di www.tonton.com.my.

Berikut merupakan senarai 36 selebriti yang mendahului undian ABPBH 36 setakat 18 September 2024:

1. Aedy Ashraf

2. Aina Abdul

3. Alif Hadi

4. Alif Satar

5. Amir Masdi

6. Anna Jobling

7. Bella Hanna

8. DJ Sonic

9. Dolla

10. Ernie Zakri

11. Erysha Emyra

12. Elly Mazlein

13. Ezzanie Jasny

14. Fahmi Rahmat

15. Haqiem Rusli

16. Harissa Adlynn

17. Hisyam Hamid

18. Hun Haqeem

19. Isyariana

20. Janna Nick

21. Joey Daud

22. Khai Bahar

23. Khairy Jamaluddin (KJ)

24. Meerqeen

25. Nadhir Nasar

26. Putera Muhammad

27. Puteri Sarah Liyana

28. Raja Azura

29. Raja Ema

30. Kumpulan Senario

31. Shah Iskandar

32. Siti Khadijah Halim

33. Siti Nordiana

34. Sophia Albarakbah

35. Syafiq Kyle

36. Tyzo

Ticket ke ABPBH-36 hampir habis dijual, dapatkan sekarang di https://ticket.revid.my/event/abpbh-2024.