berita

Diejek Muka Hitam Dalam Group WhatsApp, Murid Darjah 3 Balik Sekolah Menangis

June 2nd, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Perkongsian seorang gadis dikenali sebagai Miya Wong menerusi satu ciapan di laman Twitter, menceritakan anak saudaranya yang berusia sembilan tahun dipercayai menjadi mangsa buli melalui aplikasi WhatsApp mengejutkan orang ramai.

Menerusi tangkap layar perbualan tersebut dapat dilihat beberapa pelajar lain melemparkan kata-kata kesat walaupun masih kecil.

Anak saudara menangis

Apa yang lebih mengejutkan apabila kanak-kanak perempuan ini pulang ke rumah dalam keadaan menangis teresak-esak berikutan dipercayai dimarahi oleh gurunya.

Lepas itu macam biasa lah cikgu downplay benda ini. Cakap ala budak-budak biasa la. Parents cakap budak tu belajar cakap macam itu daripada TikTok.

Sebelum itu, dia bertindak membuat laporan kepada guru berikutan dibuli namun aduan tersebut hanya dibalas dengan sindiran sinis.

Cikgu siap cakap nak cili mulut anak saudara aku.

Balik-balik sekolah jadi murung, balik sekolah jadi murung. Kalau tak tukar kelas macam mana, penyudahnya aku pergi buat laporan polis cyber bully apa semua lagi besar jadi. (rakaman video).

Respon ibu ‘pembuli’

Ujar gadis ini lagi, ibu kepada anak saudaranya sempat menghantar mesej kepada ibu yang dipercayai membuli namun maklum balas yang diterima agak mengecewakan.

Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat hampir 9.5k retweet dan 2.5k tanda suka serta pelbagai respon daripada warganet.

Rata-rata warganet memberikan pendapat kanak-kanak kini lebih ‘extreme’ daripada dahulu dan mereka sempat berkongsi pengalaman buruk yang turut dihadapi oleh keluarga terdekat.

Sumber: Miya Wong

SKIP THIS AD ×