Baru-baru ini, kerajaan bersetuju memberi kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) Fasa 1 dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi penggiat industri kreatif yang sudah lengkap dua dos vaksin.
Gara-gara penggambaran sudah boleh dijalankan, pelakon Rita Rudaini mendedahkan dia telah difitnah melanggar SOP itu kerana belum mendapatkan sebarang suntikan vaksin Covid-19.
Artikel Bberkaitan: ‘Kalau Tak Puas Hati, Datang Jumpa Depan-Depan’ – Rita Rudaini Berang Digelar Antivaksin
Kena fitnah dengan rakan industri
Kesal dengan dakwaan itu, Rita tampil bersuara dengan mendedahkan fitnah itu datang daripada kalangan rakan industri seni.
Tegasnya, dia masih berada di rumah melakukan aktiviti harian bukan seperti yang digembar-gemburkan.
Ada rakan industri fitnah sis. Cakap sis tengah shooting. Sis takda vaksin. Kecoh ini dok menjaja. Alahai sabar la wahai teman. Sis ni kat rumah ja, tak pergi mana pun. Tengah main tanah, masak, kemas rumah.
Reda kalau nama digugurkan
Dalam pada itu, pelakon berusia 45 tahun turut mengingatkan individu terbabit agar percaya dengan rezeki yang telah ditetapkan Allah.
Katanya, dia akur sekiranya namanya digugurkan dalam mana-mana penggambaran kerana dia belum divaksin.
Jangan takut dengan rezeki awak, rezeki kita tak sama. Tuhan dah asingkan dah. Tak payah nak berebut wahai teman. Percaya dengan rezeki Tuhan tetapkan.
100 episod nama sis digugurkan pun sis okay, sebab bagi sis Allah dah tulis macam tu. Sis sentiasa bersangka baik, sebab apa yang Dia tak bagi tu ada sebabnya dan Dia tak pernah hampakan hamba-hamba dia. Apa yang dengki sangat dengan sistur? Tak relax ka?
Terdahulu, nama Rita pernah menjadi bualan netizen dalam Twitter apabila ada pengguna memuat naik tangkap layar Instagram Storiesnya sedang merebus bunga cengkih.
Sumber: Instagram @ritrud727