berita

Digilis Lori Pasir, Penunggang Motosikal OKU Maut Di Tempat Kejadian

December 15th, 2022 | by Wahidah Othman
Kini Trending

Seorang lelaki yang merupakan orang kelainan upaya (OKU) terkorban dalam kemalangan akibat digilis sebuah lori di Jalan Sungai Petani-Kuala Ketil, petang semalam (Rabu).

Artikel Berkaitan: Tergelincir Akibat Tumpahan Diesel, CCTV Rakam Empat Penunggang Motosikal Jatuh, Cedera Ringan

Artikel Berkaitan: Majlis Resepsi Bertukar Tahlil, Wanita Reda Kepergian Suami Akibat Dirempuh Motosikal

Lelaki OKU umur 20 tahun

Gambar sekadar hiasan

Difahamkan, dalam kejadian sekitar jam 5 petang itu, penunggang motosikal berusia 20 tahun terbabit maut di tempat kejadian akibat kecederaan yang parah pada anggota badan. Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan, kemalangan yang berlaku melibatkan sebuah motosikal jenis Modenas Kriss, sebuah kenderaan jenis Toyota Hilux dan sebuah lori dengan muatan pasir.

Jelas Zaidy, insiden berlaku akibat mangsa yang datang dari arah Kuala Ketil telah hilang kawalan lalu melanggar hadapan Toyota Hilux berkenaan. Mangsa dilaporkan jatuh ke tengah jalan sebelum digilis sebuah lori membawa muatan pasir yang tiba dari arah belakang.

Mangsa merupakan OKU masalah pembelajaran dan bekerja sebagai pembantu kedai makan maut serta-merta di lokasi kejadian. Pemandu Toyota Hilux berusia 30 tahun dan pemandu lori pasir berusia 35 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sementara itu, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: Kosmo

SKIP THIS AD ×