berita

Tergelincir Akibat Tumpahan Diesel, CCTV Rakam Empat Penunggang Motosikal Jatuh & Cedera Ringan

December 9th, 2022 | by Wahidah Othman
Kini Trending

Di Facebook, seorang pengguna berkongsi sebuah rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan kejadian empat buah motosikal jatuh secara berturut-turut di Bulatan Gok Kapi, Kota Bharu, Kelantan, semalam (Khamis).

Artikel Berkaitan: Majlis Resepsi Bertukar Tahlil, Wanita Reda Kepergian Suami Akibat Dirempuh Motosikal

Artikel Berkaitan: Berhenti Di Lebuhraya SUKE Nak Tengok Pemandangan, Penunggang Motor Cedera Langgar Myvi

Motosikal tergelincir

Difahamkan, kejadian yang berlaku kira-kira jam 8.40 pagi itu dipercayai berpunca daripada tumpahan minyak diesel di atas jalan terbabit. Susulan daripada itu, sebanyak empat orang penunggang motosikal termasuk seorang wanita cedera selepas motosikal yang ditunggang mereka tergelincir di atas jalan.

Berdasarkan rakaman tersebut, kesemua mangsa yang terlibat dilihat gagal mengawal kenderaan mereka sebelum jatuh tergelincir berturut-turut semasa melalui jalan berkenaan. Bagaimanapun, turut dilihat dalam rakaman CCTV itu, ambulans dan bomba telah tiba di lokasi kejadian bagi membantu kesemua mangsa yang mengalami kecederaan akibat kemalangan tersebut.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, Zukeri Shafei memaklumkan, mangsa wanita berusia 42 tahun yang mengalami kecederaan serius telah dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut manakala dua lagi mangsa yang berusia 28 dan 64 tahun hanya mengalami cedera ringan.

Sementara itu, pihak bomba telah menerima panggilan kecemasan sekitar jam 8.45 pagi berhubung terdapat satu insiden tumpahan minyak diesel di atas jalan raya sehingga menyebabkan kemalangan motosikal.

Sembilan anggota bomba bersama sebuah jentera bergegas ke tempat kejadian telah membuat semburan air ke atas jalan raya bagi menghilangkan kesan tumpahan diesel. Anggota terlibat mengambil masa selama 35 minit untuk menbersihkan kawasan tersebut.

Video

Sumber: Yu KH & Kosmo

SKIP THIS AD ×