berita

Digunakan Sebagai Baja, Apa Itu Ammonium Nitrat Sehingga Korbankan Lebih 100 Nyawa Di Beirut?

August 5th, 2020 | by Amat
Kini Trending

Dianggarkan seramai lebih 100 orang terkorban dan lebih 4,000 cedera ekoran insiden letupan di pelabuhan Beirut, Lubnan semalam. Kawasan kejadian mula bergegar dan terbentuk kepulaan asap sebelum menghasilkan letupan kuat setinggi 4.5 skala richter.

Artikel berkaitan: [VIDEO] Letupan Setinggi 4.5 Skala Richter, Ribuan Mangsa Cedera

Menurut sumber BBC News, letupan itu didakwa berpunca daripada 2,750 tan ammonia nitrat yang disimpan di dalam gudang yang terbakar.

Fakta letupan Beirut

Kejadian berlaku pada hari Selasa, jam selepas 18:00 (15:00 GMT). Letupan itu berlaku di pelabuhan Beirut seluas 240km persamaan 150 batu. Terdapat kemusnahan ratusan bangunan dan kereta yang parkir di kawasan kota itu.

100 billion Lira dilaburkan

Malah, difahamkan ammonium nitrat itu telah disimpan di dalam gudang berkenaan sejak tahun 2013 lagi. Lubnan kini menghadapi krisis ekonomi susulan daripada pandemik Covid-19 dan ketegangan perbicaraan mahkamah pada Jumaat ini berhubung kes pembunuhan mantan Perdana Menteri iaitu Rafik Hariri pada tahun 2005.

Presiden Michel Aoun hari ini mengisytiharkan darurat selama dua minggu ke atas negara Lubnan ekoran letupan tragis itu. Kerajaan negara berkenaan juga bercadang untuk melaburkan sejumlah 100 billion Lira (£50.5m; $66m) sebagai tabung kebajikan negara. Perkembangan terbaru, pihak berkuasa tempatan masih menyiasat punca sebenar letupan berlaku.

Hilang pendengaran seketika

Menurut saksi kejadian bernama Hadi Nasrallah ketika ditemubual BBC News berkongsi kejadian cemas yang berlaku ketika itu. Pada awalnya dia terlihat api dan secara tiba-tiba dia tidak dapat mendengar untuk beberapa saat.

Kami nampak api tapi tak sangka akan berlaku letupan kuat. Kami sempat masuk ke dalam rumah sebelum dikejutkan dengan letupan kuat sehingga menjejaskan pendengaran selama beberapa saat. Pada masa itu saya sedar ada sesuatu yang tidak kena.

Bukan itu sahaja, dia juga meliaht serpihan kaca dari kenderaan, kedai dan bangunan juga jatuh berkecai. Keadaan menjadi cemas apabila ramai mula bertempiaran dan menjerit meminta bantuan.

Apa itu ammonia nitrat ?

Ammonia nitrat mempunyai pelbagai kegunaan yang berbeza. Ianya boleh digunakan sebagai baja pertanian, bahan kristal tanpa bau dan digunakan juga sebagai bahan letupan. Bahan ini mudah terbakar dan meletup apabila bersentuhan dengan api. Ammonia nitrat dapat melepaskan gas toksik termasuk nitrogen oksida dan gas ammonia.

Terdapat kaedah selamat untuk menyimpan ammonia nitrat termasuk meletakkan di dalam ruang yang kalis api. Ruang bilik berkenaan juga dilarang ada saluran air atau paip yang masuk ke ruang tersebut. Tidak boleh diletakkan berhampiran dengan minyak.

Ammonia nitrat perlu disimpan dalam keadaan normal dan tanpa kepanasan yang terlalu tinggi, agak sukar untuk bahan itu mencetuskan letupan.

Sumber: BBC News 

SKIP THIS AD ×