Sebelum ini, viral di media sosial mengenai hubungan perkahwinan penerbit terkenal iaitu Datuk Ziela Jalil dengan seorang lelaki yang sudah berkeluarga. Malah, perkahwinan tersebut juga didakwa telah berusia dua tahun tanpa diwar-warkan secara umum.
Artikel berkaitan: ‘Ya, Dia Ibu Tiri Saya’ – Didakwa Dah Kahwin, Gadis Dedah Ziela Jalil Isteri Kedua Bapanya?
Datuk Ziela Jalil menerusi laporan Harian Metro, bagaimanapun menjawab spekulasi tersebut dan mengakui sudah mendirikan rumah tangga sebagai isteri kedua.
Anggap sebagai takdir dan jodoh
Penerbit terkenal itu mengakui sudahpun bernikah pada dua tahun lalu sebagai isteri kedua kepada seorang pengerusi masjid. Pernikahannya pada dua tahun lepas itu telah diadakan di sebuah masjid di ibu kota dan hanya dihadiri keluarga sahaja.
Ya, saya sudah bernikah pada 17 Februari 2019 dan menjadi isteri kedua kepada pengerusi masjid, Datuk Syed Osman Al Habshee Syed Omar. Majlis saya diadakan di masjid di ibu negara yang berwalikan bapa saudara dengan disaksikan keluarga sebelah bapa, mak saya, anak-anak dan dua teman rapat.
Kami hanya berkenalan lima minggu saja sebelum dia menyatakan hasrat untuk mengahwini saya. Bagi saya, keputusan berkahwin sekali lagi bukan keputusan mudah. Apatah lagi menjadi isteri kedua.
Saya anggap ia adalah takdir dan jodoh. Kalau boleh diberi pilihan, saya pasti bukan ini pilihannya. Mungkin ramai yang mempertikaikan keputusan ini. Jawapan saya mudah, kalau memang saya nak kahwin dengan suami orang, dari dulu lagi selepas arwah suami meninggal dunia.
Tidak pernah terbuka hati
Keputusan untuk bernikah dengan seorang lelaki yang sudah berusia 55 tahun itu bukan mudah. Pernikahannya itu adalah bukan dari perancangan Ziela dan dia turut meluahkan perasaannya terhadap arwah suami.
Sepanjang 11 tahun arwah suami meninggal, memang tidak pernah terbuka hati atau ada perasaan untuk berkahwin lagi. Apabila orang usik saya mengenai soal kahwin, saya akan berasa ‘piss off’.
Sebenarnya, saya selalu cakap pada orang tak nak, takkan dan tidak mungkin berkahwin lagi. Tiga ayat ini akhirnya saya telan balik sebab Allah yang menggenggam dan membolak-balikkan hati saya.
Jadi, pada saat saya terlalu cintakan arwah, ternyata Allah berkehendak lain. Allah hadirkan takdir lain untuk saya. Arwah sentiasa ada tempat yang istimewa di hati saya. Begitu juga cinta lain daripada orang lain iaitu suami kini akan ada di sisi lain dalam hati saya.
Jadi, apabila berlakunya perkahwinan ini, ia bukan perancangan saya. Kalau tidak, masakan saya tunggu selepas 11 tahun arwah meninggal dunia baru nak kahwin. Bukan bidang kuasa saya mengenai jodoh. Apatah lagi semuanya berlaku dalam tempoh yang sangat singkat.
Sumber: Harian Metro