Berkisarkan tentang bomoh, filem Munajjim: Sekutu Iblis membawa penonton menelusuri sebuah keluarga yang sangat mempercayai amalan kolot dalam hidup mereka.

Artikel Berkaitan: Filem Seram Bisikan Dosa Bakal Ditayangkan Di Pawagam 9 Januari 2025

Artikel Berkaitan: Filem Felino Angkat Kisah Kucing Jalanan, Bakal Mula Penggambaran Ogos Ini

Kisah benar

Penerbitnya, Yusry Makmor berkata filem terbaharu itu tampil dengan jalan cerita yang bukan sahaja menakutkan malah memaparkan amalan ilmu hitam dan syirik yang masih wujud dalam masyarakat moden hari ini.

Ini bukan sekadar filem seram biasa kerana diinspirasikan daripada kisah benar dengan menyentuh tentang realiti.

Masyarakat yang masih bergantung kepada ilmu hitam dan bomoh dalam mencari penyelesaian mudah ketika berhadapan sesuatu masalah.

Filem ini bukan sekadar mahu membuat penonton terhibur, tetapi memberi kesedaran bahawa amalan syirik ini sememangnya memberi impak negatif dan bersekutu dengan iblis yang jelas hukumnya adalah haram.

Sementara itu, pengarahnya, Faizul A. Rashid pula menyatakan naskhah arahannya itu tidak seperti filem seram yang streotaip seperti kemunculan pontianak atau pocong.

Filem ini menampilkan keseraman yang lebih mendalam dan berunsur realiti serta diadun dengan visual sinematik serta jalan cerita yang kuat dan penuh mesej.

Kami percaya filem ini bukan sahaja akan memberi pengalaman sinematik yang memuaskan, tetapi mengajak penonton berfikir tentang bahaya dan amalan khurafat dalam kehidupan yang masih berlaku sehingga sekarang.

Munajjim: Sekutu Iblis dengan kerjasama TGV edaran antarabangsa oleh D’ Ayu Pictures melalui sokongan promosi Empire Solutions bakal menemui penonton dan menggegarkan pawagam seluruh negara pada 31 Julai 2025.