Pelakon dan selebriti media sosial, Aisar Khaled sekali lagi menjadi perhatian netizen selepas memuat naik video di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Sungai Pusu, Gombak.
Mana pergi sensitiviti?
Hal mcm ni pun blh jadi content ye?
I cannot brain.. for the seek of views?
Mana pergi sensitivity? Hmm pic.twitter.com/4gPnk2gZTZ— Ashraf Suhaimi ? (@ashraf_suhaimi) August 9, 2021
Aiser, 21, telah mendapat kecaman apabila didakwa menjadikan video ziarah di luar pagar tanah perkuburan itu untuk mengaut tontonan di laman Youtube miliknya.
Menerusi satu ciapan dari pengguna yang menggunakan nama @ashraf_suhaimi di Twitter, dia meluahkan rasa kecewa dengan tindakan Aiser yang tidak sensitif.
Padam video itu
Bagaimanapun, lelaki berwajah kacukan Melayu-Jordan itu tidak menunggu lama untuk menyesali dengan kesilapan yang dilakukan.
Pelakon drama Chandelie tampil membuat permohonan terbuka dengan mengakui kekhilafan dirinya dan berjanji tidak akan mengulangi lagi.
Assalamualaikum semua. Saya telah pun padam video tersebut. Saya mintak maaf sangat-sangat atas keluarga arwah dan juga tidak berfikiran jauh sebelum muat naik video tersebut.
Tak akan mengulangi lagi. Minta maaf ya semua. Minta maaf lagi sekali.. saya sedar kesilapan saya.
Semalam, Siti Sarah telah menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM) akibat pandemik COVID-19, jam 5.13 pagi.
Siti Sarah terpaksa ditidurkan dan melahirkan bayi lelaki, Ayash Affan melalui pembedahan tanpa sedar, jam 5 petang pada Jumaat.
Pada hari sama, paras oksigen jatuh sehingga 40 peratus, kemudiannya meningkat 77 peratus pada jam 2 pagi, dan terus menunjukkan perkembangan positif meningkat sehingga 85 peratus kelmarin namun pada Ahad malam Shuib memberitahu keadaan Sarah kembali kritikal selepas menurun 40 peratus.
Siti Sarah sekeluarga disahkan positif Covid-19 sejak 25 Julai lalu selepas mereka menjalani ujian saringan apabila pembantu rumah disahkan positif wabak itu.
Siti Sarah dan Shuib berkahwin pada 2011 dan mendapat tiga cahaya mata lain iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6.
Twitter: @ashraf_suhaimi, @aisar_khaled