berita

Dikecam Jemput Iqram Dinzly Menari Atas Pentas, Ini Respon Nabila Razali

January 24th, 2018 | by Ai
Isu & Kontroversi

Semenjak lagu Pematah Hati trending satu Malaysia beberapa bulan lepas, nama Nabila Razali  kian popular apabila sering mendapat undangan untuk membuat persembahan di kebanyakan majlis. Nampaknya memang menjadi betul gimik ‘cumi cumi’ ni.

Baru-baru ini, Nabila telah mendapat undangan untuk membuat persembahan di sebuah majlis keramaian. Ketika sedang asyik menyanyikan lagu Pematah Hati, tiba-tiba pelakon kontroversi, Iqram Dinzly naik ke pentas untuk turut serta menari bersama Nabila. Tindakkan tersebut nyata mengundang kecaman para netizen. Namun, ini respon penyanyi tersebut.

Saya tidak tahu dia naik ke pentas

Seperti yang diketahui ramai, Iqram sering sahaja menari di Live Video Instagram miliknya berlatarkan lagu Pematah hati ini. Walaubagaimanapun ramai yang tidak bersetuju dengan tindakkan Nabila yang dilihat sengaja menggalakkan Iqram menari sebegitu. Ini penjelasan daripada Nabila.

Saya sebenarnya tidak tak tahu pun pasal kehadiran Iqram Dinzly, dia sendiri yang naik. Saya memang berada di bawah menyanyi dengan budak-budak.

Kalau tengok video yang ada di situ saya menyanyi bersama-sama tiba-tiba saya tengok mereka dah tak fokus kepada saya. Bila tengok belakang Abang Iqram sudah ada di belakang.

Saya sebagai seorang artis yang profesional saya tak boleh  biarkan dia keseorangan atas pentas, jadi saya rasa patutlah saya join dia, naik dan go with the flow.

Saya ingin berterima kasih kepada Iqram kerana sanggup mengiringi saya untuk lagu Pematah Hati dan tanpa kehadirannya orang mungkin tidak akan terhibur sehingga begitu sekali.

Berduet bersama Iqram Dinzly

Video tersebut menunjukkan Iqram turut serta menari di atas pentas ketika Nabila menyanyikan lagu Pematah Hati. Kemunculan Iqram telah membuatkan orang ramai berasa teruja dan menjerit kegembiraan. Ternyata, kehadiran Iqram itu menghangatkan lagi persembahan Nabila pada malam tersebut.

Sumber: Media Hiburan

SKIP THIS AD ×