
Edisi khas segmen #SkoolXTRA mengimbau kembali perjalanan selebriti ketika berada di bangku sekolah, termasuk sisi mereka yang mungkin belum pernah diketahui oleh peminat.
Untuk edisi #SkoolXTRA minggu ini, penyanyi dan pelakon Nabila Razali berkongsi serba sedikit mengenai kehidupannya sebagai seorang pelajar sebelum dikenali dalam industri hiburan tanah air.
Artikel Berkaitan: #TriviaXTRA: Di Sebalik Imej Ceria, Nabila Razali Akui Mudah Menangis & Sukar Berjauhan Dengan Anak
Artikel Berkaitan: #ThrowbackXTRA: ‘Sampai Sekarang Saya Rasa Mereka Kecewa’- Nabila Razali Masih Dihantui Insiden Terkucil Di Pentas AJL35
Bukan Pelajar Popular
Menurut Nabila, dia bukanlah pelajar popular atau sering menjadi perhatian ketika di sekolah. Namun, minatnya terhadap dunia seni sudah mula terserlah apabila aktif menyertai pelbagai persembahan.
Saya normal student yang tak terkenal, tak adalah dikenali sebagai budak pandai yang menang itu ini.
Tapi saya rasa saya sangat aktif dalam bidang hiburan, contoh macam persembahan bulan patriotik dan menyanyi.
Pernah Malu-Malu Nak Berlakon
Walaupun gemar membuat persembahan, Nabila mengakui dirinya ketika itu masih mempunyai rasa segan terutama apabila melibatkan lakonan teater.
Teater ada, tapi saya kurang sebab masa itu saya masih malu-malu sikit. Bukan stage fright, cuma ada rasa segan.
Rasa malu itu bagaimanapun semakin hilang selepas dia benar-benar menceburi industri hiburan.
Nabila berkata antara pengalaman awal yang membuka ruang untuknya mencuba bidang lakonan adalah ketika bekerja bersama pengarah Michael Ang serta pelakon Hairul Azreen.
Once I got into the industry, saya dapat pengalaman pertama bersama direktor Michael Ang dengan Abang Hairul Azreen.
It was my first experience berlakon dalam drama.
Jawatan Paling Besar? Ketua Keceriaan!
Mengimbau mengenai jawatan yang pernah dipegang di sekolah, Nabila berseloroh bahawa pencapaian ‘terbesar’ dirinya hanyalah menjadi Ketua Keceriaan kelas.
Saya pernah sandang jawatan Ketua Keceriaan untuk kelas. Itu paling besar sekali.
Dulu ada juga ketua nasyid, tapi itu suka hati saya lantik diri sendiri.
Matematik Kegemaran, Tapi ‘Kalah’ Dengan Add Maths
Dalam pada itu, Nabila mendedahkan Matematik merupakan antara subjek kegemarannya ketika di sekolah.
Namun situasinya berbeza apabila berdepan dengan Matematik Tambahan yang dianggap jauh lebih mencabar.
Subjek kegemaran saya kalau zaman sekolah would be Matematik. Subjek paling susah, Additional Mathematics.
Saya boleh jawab semua soalan Matematik, tapi Add Maths itu entah kenapa susah dia out of this world.
Selalu Lambat Sampai Kena Berdiri Tengah Panas
Ditanya mengenai pengalaman memalukan yang masih diingatinya sehingga hari ini, Nabila tanpa berselindung mengakui dirinya pernah mempunyai masalah datang lewat ke sekolah.
Akibatnya, dia beberapa kali dikenakan hukuman berdiri ketika perhimpunan berlangsung.
Datang lambat, kena berdiri dekat assembly hall tengah panas itu. Berdiri sambil baca buku.
Saya selalu datang lambat sampai kena soal, ‘sampai bila nak buat benda ini?.








