Mempunyai hampir 1.6 juta pengikut di YouTube, penyanyi kelahiran Indonesia, Raffa Affar menerima kritikan yang begitu hebat di media sosial berikutan menyanyikan lagu Tiara dengan sumbang. Difahamkan lagu tersebut dinyanyikan semula oleh Raffar Affar namun dia dikatakan gagal menyanyikan lagu tersebut dengan baik.
Artikel Berkaitan: Nyanyi Lagu ‘Tiara’ Tak Sedap Masa ‘Live’, Penyanyi Indonesia Dikecam
Menerima kecaman daripada netizen
Susulan daripada kecaman tersebut, Raffar Affar menerusi laporan Harian Metro, menjelaskan setiap orang bebas untuk memberikan pendapat masing-masing. Ujarnya lagi, dia tidak mempunyai hak untuk memaksa seseorang itu untuk suka lagu yang dinyanyikan olehnya dan turut berterima kasih kepada yang kurang senang dengan lagu yang dibawanya.
Semua orang bebas berpendapat. Versi saya ini juga adalah arahan daripada syarikat rakaman dan sudah dipersetujui oleh penerbit. Jadi, saya tak buat sesuka hati.
Saya tahu lagu Tiara itu popular pada 1991. Saya tahu daripada syarikat rakaman dan saya pun mendengarkannya. Jadi, saya suka lagu yang mendayu-dayu sebegitu. Saya cuba membuat versi ‘cover’ sendiri.
Lirik lagu sangat puitis
Dalam pada itu, penyanyi muda ini akui lagu Tiara dekat dalam hatinya dan menyifatkan lirik lagu berkenaan sangat puitis.
Lagu ini dekat dalam hati saya dan saya berasa bahagia apabila dapat menyanyikan lagu ini. Lirik lagu Tiara ini sangat puitis dan saya mahu dengarkan lagunya yang lain.
Ujarnya lagi, dia turut berharap dapat datang ke Malaysia bagi bertemu para peminat yang berada di sini selain mahu menghiburkan mereka.
Insya-Allah saya akan ke Malaysia dan juga teringin berjumpa orang Malaysia. Saya mahu melihat suasana dan ingin menghiburkan orang Malaysia secara langsung.
Sumber: Harian Metro