Foto: MNCTV
Kemunculan ramai penyanyi baharu dari negara seberang yang mendendangkan kembali lagu hits Malaysia mendapat perhatian ramai. Namun, timbul perdebatan dalam kalangan pendengar yang kurang senang dengan tindakan penyanyi Indonesia yang bertindak mengubah alunan muzik asal lagu yang mereka nyanyikan.
Rosak lagu
Foto: MNCTV
Antara penyanyi yang dimaksudkan ialah Raffa Affar, yang kini semakin dikenali selepas single sulungnya ‘Cinta Sampai Mati’ mendapat tempat di hati peminat. Terbaharu, pemuda dari Jawa Barat, Indonesia itu merakam ulang (cover) lagu ‘Tiara’ yang pernah menjadi siulan pada tahun 90an. ‘Tiara’ lagu ciptaan sepenuhnya oleh Datuk M.Nasir yang pernah dipopularkan oleh Kumpulan Kris.
Namun, rakaman video yang memaparkan Raffa menyanyikan lagu Tiara di sebuah acara konsert Road To Kilau Raya di Indonesia mengundang kecaman netizen. Menerusi video tersebut, Raffa gagal menyanyikan lagu tersebut dengan baik, malah suaranya dikritik terlalu sumbang.
Persembahan penyanyi itu bagaimanapun menimbulkan pertanyaan dalam kalangan pendengar memandangkan single lagu Tiara yang dirakam semula menndapat jumlah tontonan yang tinggi, 21 juta tontonan di YouTube.
Video penuh
@mohd_yusuf86KLU aku nyanyi kelaut xpe sbb aku bukan artis .? bunyi asal – Mohd yusuf
Kelautnya suara dia
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberi pelbagai reaksi terhadap persembahan Raffa yang dikatakan tidak semerdu itu.
Sumber: mohd_yusuf86