berita

Dikecam Teruk Peminat K-Pop Isu ‘Lisa Blackpig’, Janna Nick Tutup Akaun IG, Twitter?

February 22nd, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Nama pelakon dan pengacara yang sedang meningkat naik Nurul Jannah Muner, atau lebih mesra dikenali sebagai Janna Nick, sekali lagi terpalit dengan kontroversi panas. Bukan itu sahaja, penggunaan #JannaNickGoingToJailParty turut trending di laman Twitter, dan meraih ratusan kecaman daripada warganet.

Artikel Berkaitan: ‘Jagalah Aurat Tu’ – Netizen Tegur Busana Cheongsam Janna Nick Seksi, Nampak Paha

Artikel Berkaitan: ‘Artis Orang Biasa, Saya Orang Biasa Juga’– Janna Nick Menangis Mohon Maaf ‘Bergaduh’ Dengan Peminat

Difahamkan, Janna dikecam peminat apabila video lama yang dikaitkan dengan kematian seorang bintang K-Pop, Jonghyun kembali dikongsi peminat. Janna bagaimanapun, telah menafikan perkara itu. Terbaru, Janna turut dikecam gara-gara nama satu watak dalam filem terbarunya, Delen.

Lisa Blakpink vs Lisa oink oink

Pada mulanya, Janna mula mempromosikan sebuah drama arahannya, Delen di media sosial. Menerusi watak tersebut, dia menggunakan nama watak, Lisa Blackpig yang yang dipercayai hampir sama dengan seorang penyanyi kumpulan K-pop terkenal, Blackpink.

Tidak berakhir di situ, menerusi komen yang diberikan 0leh pelakon Nazim Othman, Janna sekali lagi memberi gambaran lebih jelas akan watak tersebut menerusi perkataan ‘oink-oink’ yang memberi maksud seekor khinzir.

Tindakan Janna mengundang amarah netizen terutama peminat K-Pop.

Sudah nyahaktifkan laman sosial

Terbaru, hasil semakan pihak OHBULAN! mendapati Janna sudah nyahaktifkan platfom Instagramnya dan Twitter susulan menerima kecaman yang hebat daripada netizen. Difahamkan Janna telah membuat laporan polis berhubung perkara ini.

Respon netizen

Sumber: Media sosial

SKIP THIS AD ×