berita

Dikompaun RM10 Ribu Gagal Scan MySejahtera Masuk Kedai Makan

March 12th, 2021 | by Najmi Suhaimi
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Pihak kerajaan sebelum ini telah memaklumkan kadar kompaun bagi mana-mana individu yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) boleh dikenakan denda sehingga RM10,000. Sebelum ini, kadar kompaun yang dikenakan hanyalah RM1,000 sahaja.

Artikel Berkaitan:Denda RM10 Ribu Jika Ingkar SOP Covid-19 Bermula 11 Mac

Pelaksanaan kadar kompaun baru bermula semalam, telah menyaksikan seorang lelaki yang telah dikompaun sebanyak RM10,000.

Tidak daftar MySejahtera

Foto: Info Roadblock JPJ/Polis

Menerusi satu kertas kompaun yang tular di media sosial, lelaki yang berada di sebuah restoran di Bukit Jalil itu didakwa gagal untuk mengimbas kod QR MySejahtera yang menjadi kewajiban bagi pengunjung memasuki mana-mana premis.

Lelaki ini secara tidak langsung telah melanggar SOP yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berlangsung.

Foto: Info Roadblock JPJ/Polis

Menerusi laporan yang dipetik daripada Berita Harian, nilai kompaun RM10,000 ini masih boleh diturunkan mengikut budi bicara Pegawai Kesihatan Daerah (PKD) jika pesalah itu membuat rayuan. Pelaksanaan kadar kompaun yang terbaru ini, dilaksanakan bagi memberi kesedaran kepada orang ramai supaya terus patuh akan SOP yang telah ditetapkan dan tidak melanggarnya sewenang-wenangya.

Notis kompaun ditulis bernilai RM10,000 jika melanggar SOP, namun ia bergantung kepada budi bicara pegawai yang diberi kuasa iaitu PKD untuk menetap nilai sebenar kompaun dikenakan.

Infografik

Sumber: Info Roadblock JPJ/Polis & Berita Harian

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×