berita

Denda RM10 Ribu Jika Ingkar SOP Covid-19 Bermula 11 Mac

February 26th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Sekadar Gambar Hiasan

Sebelum ini, pihak kerajaan mengenakan kompaun sebanyak RM1k, kepada mana-mana individu yang ingkar akan arahan Prosedur Operasi Standard (SOP) sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Artikel Berkaitan: Pasangan Selebriti Dikompaun Langgar SOP Kedai Makan

Artikel Berkaitan: 10 Individu Dikompaun Makan Semeja, Pengurus Restoran Ditahan Tiada Permit Kerja Yang Sah

Artikel Berkaitan: ‘Dating’ Tepi Sungai Punya Hal, Pasangan Kekasih ‘Melayang’ RM1k Lepas Dikenakan Kompaun

Terbaru, kompaun sehingga RM10,000 boleh dikenakan kepada individu yang melanggar SOP yang telah ditetapkan bagi pencegahan dan kawalan Covid-19.

Berkuat kuasa 11 Mac

Foto: Sinar Harian

Menerusi paparan di e-Warta Persekutuan, menerusi Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021 yang diwartakan semalam, pelaksanaan kompaun ini akan berkuat kuasa bermula 11 Mac depan. Difahamkan, menerusi pindaan tersebut, mana-mana syarikat atau pertubuhan yang didapati ingar akan setiap arahan yang telah ditetapkan akan boleh dikenakan kompaun sehingga maksimum RM50k.

Pemasyhuran ordinan itu dibuat Yang di-Pertuan Agong yang berpuas hati tindakan serta-merta dikehendaki bagi meminda Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021 diwartakan susulan Proklamasi Darurat dikeluarkan Yang di-Pertuan Agong, mengikut Perkara 150, Perlembagaan Persekutuan, 11 Januari lalu.

Difahamkan, kadar kompaun telah dinaikkan susulan penggantian Seksyen 25 yang memberi kuasa kepada Ketua Pengarah Kesihatan atau mana-mana pegawai kesihatan yang diberi kuasa oleh Pendakwa Raya.

Pindaan terhadap penalti am mengikut Seksyen 24 Ordinan sama, bagi kesalahan yang tiada penalti diperuntukkan dengan nyata kini boleh didenda sehingga RM100,000 atau dipenjara maksimum tujuh tahun atau kedua-duanya sekali.

Pindaan terbaru

 

SKIP THIS AD ×