berita

Dilabel Mata Duitan, Mawar Rashid Dedah Kerja Sampai ‘Burnout’ – ‘Ingat Drama Mega Holding Ke Nak Kikis Ni’

November 15th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Baru-baru ini, sempena ulang tahun perkahwinan yang keempat, pelakon Mawar Rashid dan suaminya, Raf Yaakob berkongsi detik gembira apabila berjaya memiliki rumah baharu tiga tingkat yang dianggarkan bernilai RM2 juta.

Artikel Berkaitan: Mawar Rashid Sebak Suami Beli Rumah Idaman Sempena Ulang Tahun Ke 4-Perkahwinan – ‘TQ Buat Surprise Kat Anje’

Dilabel materialistik

Dalam senyum tawa, ada terselit juga momen yang kurang membahagiakan apabila Mawar pernah digelar seorang mata duitan.

Tepis dakwaan tak masuk akal, Mawar, 26, menyatakan dia seorang yang gigih bekerja dan berdikari sejak di bangku sekolah lagi. Kata pemilik nama Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, dia sudah terbiasa untuk berusaha sendiri dalam mencapai sesuatu yang diimpikan bukan sewenang-wenangnya meminta.

Dari dulu Mawar selalu dengar orang cakap Mawar ini materialistik. Mawar ini pandang harta, hidup Mawar ini semua laki tanggung. Sedih hati Mawar. Perit tau. Perit sangat sebab selama ini Mawar kerja 24/7 all out habis-habisan.

Kalau tanya kawan-kawan atau keluarga Mawar, dorang tahu lah macam mana Mawar sibuk kerja dari muda. Mawar dari kecik memang diajar untuk berdikari. Dari umur 15 tahun lagi Mawar memang tak minta duit dari mamy untuk pergi skolah. Mawar cari duit sendiri dari sekolah, ke kolej sampai la sekarang dah kahwin dan dah ada anak dua dah pun.

Mentang-mentang la Mawar ni artis, orang nak label Mawar nak kikis harta. Ingat drama Mega Holding ke nak kikis ni. Mungkin ada orang macam tu, tapi bukan saya. Tak reti la Mawar nak meminta ni. Dah biasa dengan ‘If I want it, I will get it’.

Pernah burnout

Tegas Pelakon Filem Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke-33, dia pernah menempuh fasa ‘burnout’ disebabkan jadual kerjanya yang padat sehingga terpaksa menangguhkan penggambaran.

Akuinya, bukan mudah untuk menjadi pelakon serta ahli perniagaan dan dalam masa yang sama bergelar isteri dan ibu. Namun, pelakon drama Tundukkan Playboy Itu menegaskan dia bukan merungut tetapi sekadar membuka mata individu yang menggelarkan dirinya mata duitan.

Mawar ni kerja sampai banyak kali burnout tau, sebab campur tugas founder, tugas isteri, tugas ibu, tugas anak, tugas menantu. Baru-baru ni Mawar dan team Mawar burnout sebab jadual terlampau padat dengan kerja dan bisnes lagi.

Sampaikan haritu, pertama kali Mawar rasa otak Mawar jam. Terpaksa tangguh penggambaran tu, mungkin sebab ‘over work’. Mawar cerita ni bukan sebab merungut atau mengeluh penat kerja. Mawar sangat menyukai pekerjaan ini. Mawar cerita sikit ja pasal kehidupan Mawar yang sebenar, yang orang selalu cakap Mawar mata duitan tu.

Jadi, rumah ini adalah satu kepuasan bagi Mawar sebab ni macam self reward. I work like mad sampai boleh lepas loan tinggi camni. Memang tak mudah. Dan sekali lagi terima kasih hubby sama-sama tontong (kongsi) dengan Mawar untuk rumah kita sampai tua nanti dengan anak cucu.

Untuk rekod, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 9 November 2017 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Raden Muhammad, 2 , dan Raden Seri Rosabella Cinta yang kini berusia 10 bulan.

Sumber: Instagram @mawarashid

SKIP THIS AD ×