Baru-baru ini, pengacara, Nabil Ahmad menerima kecaman selepas dikatakan mengajuk cara penyanyi dan juga juri jemputan daripada Indonesia, Raisa, memberi komen ketika di Gegar Vaganza minggu kelapan.
Artikel berkaitan: [VIDEO] ‘Bahan’ Raisa Guna Bahasa Inggeris, Nabil Ahmad Dilabel Tidak Profesional
Terbaru, Nabil tampil memberi penjelasan mengenai usikannya terhadap Raisa yang dikatakan agak ‘melampau’ oleh netizen.
Gurauan boleh menjadikannya selesa
Menurut Nabil, dia dan Raisa sudah bertegur sapa sewaktu di belakang pentas, malah penyanyi itu turut menganggap gurauan boleh membantu menjadikannya lebih selesa.
Saya sebelum mula show itu dah berjumpa dengan Raisa di belakang pentas. Kami dah bergurau dan berkenalan sesama kami. Manager dia pun saya dah kenal. Dia kata gurauan itu boleh membuatkan dia selesa, jadi macam itu cara dunia hiburan bergerak. Dia seorang yang sporting dan kelakar sebenarnya. Sebagai seorang penghibur saya tahu apa yang dia perlukan dan saya pasti dia tahu apa juga yang saya perlukan.
Pada masa yang sama, Nabil berkata dia tidak tersinggung dengan komen netizen, sebaliknya dia hanya menjalankan tanggungjawab sebagai pengacara.
Saya sedikit pun tak terasa dengan netizen. Mereka cuma ambil apa yang berada di kaca televisyen sahaja. Saya pun tak mahu marah mereka. Saya tahu batas sebagai pengacara, tiada niat sampai nak menghina atau maki orang.
Sumber: Astro Gempak