Pengacara Nabil Ahmad menerima kecaman selepas membahan cara penyanyi dan juga juri jemputan daripada Indonesia, Raisa, memberi komen ketika di Gegar Vaganza minggu kelapan.
Artikel Berkaitan: Terlepas Konsert Billie Eilish, Nabil Ahmad Terduduk ‘Burn’ Hampir RM3,000 – ‘Allah Nak Jauhkan Dari Perkara Lagha’
Guna bahasa Inggeris
@sekadar.hiburan Kompilasi Gegar Vaganza Minggu 9 #GegarVaganza9 #GV9 #Hajinabil #Kakkepom #fyp ? original sound – Sekadar Hiburan
Menerusi program yang ditayang secara langsung malam tadi, Nabil mengajuk Raisa yang menggunakan bahasa Inggeris ketika memberi komen kepada peserta Hazrul Nizam yang menyanyikan lagu ‘Widuri’.
Ketika pemilik nama Raisa Andriana sedang menjalankan tugas, penyampai radio itu dilihat mencelah dengan menyatakan dia memahami dengan setiap tutur kata yang disampaikan.
Selepas itu, pelantun Lagu Untukmu mengubah menggunakan bahasa Indonesia ketika disuruh memberi komen buat kali kedua.
Menyesal lah tu ‘speaking’ English tadi kan Raisa,” kata Nabil.
Terus masam muka
Tindakan pelawak berumur 39 tahun itu telah menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan warganet. Rata-ratanya menyatakan Raisa berasa kurang selesa berdasarkan raut wajah yang ditonjolkan.
Selain itu, ada juga menggesa usahawan terkenal ini menghormati keputusan penyanyi 32 tahun untuk bertutur dalam bahasa Inggeris di samping menjaga adab.
Terdahulu, GV9 membuat kejutan dengan menjemput Raisa selaku juri jemputan konsert pada minggu kelapan.
Raisa berada di Malaysia bersempena promosi konsertnya, ‘Raisa Live In Malaysia’ yang bakal berlangsung pada 20 November di Zepp Kuala Lumpur.
Sumber: Twitter