berita

Diletak Celah Kangkang Presiden PAFA, Piala Malaysia Sudah Tidak Suci, Dicadang Dibuat Baru

November 2nd, 2018 | by faris
Isu & Kontroversi

Perak membawa pulang Piala Malaysia 2018 setelah muncul juara, apabila menewaskan Terengganu FC (TFC) 4-1 menerusi penentuan penalti dalam aksi final di Stadium Shah Alam 27 Oktober lalu.

Di sebalik kegembiraan itu, tersebar foto Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim posing dengan piala berprestij berkenaan di celahan kangkangnya. Foto itu kemudiannya mendapat kecaman ramai yang merasakan tindakan itu tidak wajar dilakukan.

Piala Malaysia dah tak suci

Dalam rancangan Bola @ Mamak siaran Astro, penganalisis bola sepak, Nazab Hizan meluahkan rasa kesal dengan tindakan Hasnul itu. Menurutnya, piala yang diletakkan di celah kangkang itu sudah tidak ada nilainya. Dia mencadangkan piala tersebut dibuat baru kerana sudah tidak ‘suci’.

Perbuatan Hasnul itu juga dilihat seperti mempersendakan bola sepak serta nilai Piala Malaysia itu sendiri. Malahan, tambah panel lain lagi, itulah antara cabaran yang perlu dihadapi oleh dunia bola sepak tempatan iaitu berhadapan orang yang kurang arif mengenai bola namun terbabit dalam sukan ini.

Sumber: Muhammad Zaidi, Astro Arena

The following two tabs change content below.

faris

Content champion at Rev Asia
Self-proclaimed foodie yang mahu salam cium tangan pencipta Horlicks Mcflurry.

Most Read Today